Monday, November 23, 2009




Makna Kebahagiaan


Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya

Yusuf al-Qardawi



Friday, November 20, 2009

Hujan..




Hari ini hujan lagi...
tika mentari belum pun muncul lagi,
alam gersang bisa subur dek titis rahmat Ilahi,
pohanan merimbun kuntuman mekar mewangi,
mergastua berselindung di balik perteduhan,
barangkali menanti titisan akhir hujan,
barangkali menjamah dinginnya salju,
maha suci Pencipta seluruh alam...
pemberian Mu yang agung,
kekuasaan Mu tak terhingga..
ampunkan dosa-dosa hamba Mu Rabb...

Friday, November 13, 2009

Satu tika dahulu...



Dan....





Juga...





Now...





Segalanya masih tersemat dalam sanubari...
Walaupun berat untuk aku melangkah jauh dari kalian..akan tetap aku gagahi mendaki ke puncak impian. Itulah realiti kehidupan. Penuh asam garam.

Sunday, November 8, 2009

Last exam PKMB1...




Bila aku sudah tiada...jangan dilupakan aku,
Kenangan bersama tetap abadi di sanubari,
Teman...terima kasih membenarkan aku untuk bersama melakar memori,
entah bila lagi kita kan ketemu,
yang pasti...aku akan bersama hidupku yang penuh ranjau,
Doakan aku kecapi bahagia......

Saturday, October 24, 2009



Luasnya ilmu Allah swt tidak terhingga....Subhanallah.


Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". (al-Kahfi:ayat 109)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.


Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Friday, October 23, 2009

Merapu lagi.

Hari ini...mentari begitu sirna
dinihari nan dingin
embunan mendinginkan subuh
kicau burung bersenda gurau
rerama bebas berkejaran
saujana terbentang sawah menghijau
membiru terhampar lautan luas
pohonan nyiur berdansa
seiring sejalan senada seirama
bisakah lagi esok serupa hari ini...



Hanya pada Mu Rabb..
aku sandarkan hidup dan matiku
tiada apa lagi yang mampu memimpinku
untukku susuri liku-liku perjalanan
sekadar aku pohonkan
suluhi perjalananku dengan cahaya Mu
pagari jiwaku dengan kasih sayang Mu
sesungguhnya...
Engkaulah yang maha Mengetahui.

Study.

TEORI PERKEMBANGAN EMOSI-FIZIKAL (ERIK ERIKSON)


Erikson terkenal dengan teori psikososial yang mana manusia akan mengalami lapan peringkat perkembangan yang berlaku berterusan sepanjang kehidupannya. Pada setiap peringkat ia akan menimbulkan tingkahlaku positif dan negatif yang membawa kepada masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosi. Seseorang individu itu akan cuba memenuhi kepuasan di samping menghadapi risiko kegagalan. Misalnya, pada peringkat kanak-kanak, perkembangan lebih menjurus kepada perkembangan identiti dan memelihara kestabilan jati diri.


Peringkat-peringkat perkembangan emosi-fizikal manusia:

  1. Kepercayaan Vs ketidakpercayaan (0-1.5tahun)
Dalam peringkat ini, bayi akan membina kepercayaan terhadap persekitarannya. Ini bermaksud kepercayaan bayi dibina melalui keperluannya yang perlu dipenuhi. Jika keperluannya seperti kasih sayang atau pelukan ibunya tidak diperolehi, maka ini akan membina ketidakpercayaan atau ketidakstabilan emosi dan seterusnya membentuk tingkahlaku yang negatifpada masa hadapan.



2. Autonomi Vs Malu/Ragu2 (1.5-3tahun)
Perkembangan manusia masih lagi berlangsung pada peringkat ini. Namun demikian, ia berbeza keperluan. Pada peringkat ini, perkembangan kanak-kanak berfokuskan kepada keinginan untuk berkuasa. Kanak-kanka cenderung untuk membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri atau lebih gemar berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jika kanak-kanak berupaya menguasai persekitaran, maka mereka dapat membina emosi yang positif. Mereka mungkin akan lebih berkeyakinan apabila berada dikhalayak. Sebaliknya, jika tidak ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan merasa malu dan ragu-ragu.


3. Inisiatif Vs Serba salah (3-6tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak sudah bersekolah dan lebih banyak terdedah dengan persekitarannya. Maka pergaulan sosialnya lebih meluas dan akan membina pengalaman yang lebih terbuka. Kanak-kanak pada peringkat ini lebih mudah mempelajari sesuatu yang baru kerana mindanya masih lagi suci dan segar. Pergerakan motornya juga aktif pada waktu ini yang akan menyebabkan mereka bergerak dengan cepat. Di samping itu, mereka begitu peka dengan konsep betul atau salah.


contd................

Thursday, October 22, 2009

Study lagi...

TEORI TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST.


Robert Havighurst merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang banyak mengemukakan teori tugas-tugas perkembangan manusia dengan berlandaskan faktor sosiobudaya dalam mempengaruhi perkembangan jasmani. Beliau merujuk perkembangan tugas-tugas ini seperti berjalan, berlari dan melompat mengikut peringkat-peringkat tertentu.

Pada setiap peringkat perkembangan manusia ada tugas-tugas khas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas-tugas tersebut dengan jayanya membawa kepada kebahagiaan. Sebaliknya jika kegagalan yang ditemui, maka individu tersebut akan mengalami masalah menyelesaikan masalah dan akan mengalami kekecewaan.

Havighurst juga menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang individu itu banyak dipengaruhi oleh faktor nilai, norma dan budaya masyarakat setempat.

Sunday, October 11, 2009

Jom study lagi.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET.

Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang mahir dan terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah-ubah mengikut beberapa peringkat usia mereka. Perkembangan kognitif di sini merujuk kepada sebarang perubahan atau perkembangan dari segi pemikiran. Ini termasuklah keupayaan memahami konsep songsangan, induktif dan deduktif, serta kebolehan memahami sesuatu yang abstrak.

Ada pendapat mengatakan bahawa teori kognitif ini merupakan salah satu cabang mazhab konstruktivism yang membawa pemahaman konsep 'nurture', kerana sebarang perkembangan minda adalah hasil daripada tindakbalas reflektif terhadap lingkungannya.
Perubahan-perubahan ini sama ada kita sedar atau tidak ia banyak dipengaruhi oleh persekitaran (keluarga, rakan, guru dll), pengalaman, genetik, fizikal dan emosi. Berbanding dengan mazhab nativism (nature) yang meletakkan tahap perkembangan adalah hasil daripada bawaan atau kejadian semula jadi.

Daripada hasil pemerhatian yang diperolehi, Piaget telah mengusulkan beberapa peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu peringkat sensorimotor, peringkat pra-operasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.
1. peringkat sensorimotor (0-2tahun)
Dalam peringkat ini, bayi akan mempelajari sesuatu melalui deriamotornya. Malahan bayi juga akan mengekspresikan emosi melalui deria motor.
Dalam erti kata yang lain, bayi akan berinteraksi dengan persekitarannya dengan menggunakan deria motor. Sebagai contoh, bayi akan menangis jika lampinnya basah atau jika ia lapar. Pada peringkat ini juga kanak-kanak masih tidak dapat menguasai daya koordinasi di antara deria penglihatan dan juga sentuhan.

2. Peringkat pra-operasi. (2-7tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Sekitar usia 4tahun, kanak-kanak sudah mampu bertutur dan dapat difahami bahasa pertuturannya. Ini berikutan tahap perkembangan kognitifnya yang pesat lantaran lingkungan sosial yang sedikit meluas yang membolehkan mereka berinteraksi dan mempelajari sesuatu yang baru.

Di samping itu, pada peringkat ini kanak-kanak lebih egosentrik. Kanak-kanak hanya mementingkan dirinya sahaja dan mengenepikan atau tidak mengendahkan kepentingan dan keperluan orang lain. Oleh sebab itulah, jika kita lihat kanak-kanak begitu sukar untuk memenuhi permintaan ibu mereka dan akan fokus kepada kehendak mereka sahaja tanpa mengendahkan keadaan orang lain.

Di akhir peringkat ini, kanak-kanak mula menguasai kemahiran berfikir secara abstrak. Maksudnya di sini adalah mereka sudah berupaya untuk mengusulkan sebab-sebab bagi menyokong kepercayaan mereka. Mereka juga dilihat sudah boleh mengelaskan objek mengikut kategori tertentu serta memhami konsep keabadian.

3. Peringkat Konkrit.(7-12tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah tidak lagi mementingkan diri dan tidak lagi egosentrik. Kanak-kanak mula belajar menerima dan mempertimbang pandangan orang lain. Selain itu, mereka juga boleh berfikir secara logik, dan berfikir secara induktif atau deduktif, namun masih terhad. Oleh sebab itu mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Mereka juga berupaya mempelajari sesuatu dengan lebih banyak lagi. Ini bermakna tahap kemampuan mereka memproses maklumat sudah semakin baik.

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Selepas usia 12 tahun ia dipanggil usia remaja Tahap ini golongan remaja sudah mampu berfikir sesuatu yang abstrak. Mereka mampu menyelesaikan masalah yang agak kompleks dan berfikir samada secara deduktif mahupun induktif bagi membuktikan sesuatu pandangan. Ini dapat dilihat dalam menyelesaikan masalah berkaitan Matematik, di mana pelajar boleh membuat pernyataan umum melalui konsep dan simbol-simbol Matematik.

sana sini open house...

Open house di rumah kak Zura.



Open house di rumah pensyarah..Encik Anuar.

Saturday, October 10, 2009

Sehari bersama kanak-kanak Autism.

Kelmarin, aku bersama segerombolan ahli persatuan yang aku sertai telah ke pusat Autism untuk menyumbangkan sedikit tenaga dan waktu untuk bersama anak-anak Autism. Agak serabut jugalah program yang diadakan kerana terlalu ramai sukarelawati. Padahal anak-anak Autism di situ hanya ada sekitar 15 orang dan juga ruang kediaman anak-anak Autism yang kecil yang tidak selasa untuk ahli sukarelawati yang hadir. Harapan aku hanyalah pada masa akan datang persatuan ini akan menganjurkan aktiviti kebajikan yang lebih sesuai dengan bilangan ahli persatuan.

Aku tak mahu lagi menganalisis kejayaan program tersebut, tetapi aku mahu kongsikan pengalaman sepanjang aku bersama anak-anak Autism. Anak-anak Autism di situ dikategorikan dalam Autism yang teruk. Tidak seperti murid-murid Khas di sekolah praktikal...mereka memang sukar untuk mempelajari sesuatu. Tahap daya tumpuan mereka sememangnya singkat sehinggakan sukarelawati yang kebanyakkannya tidak pernah didedahkan dengan dunia insan istimewa begitu terkejut dan agak mudah putus asa untuk memberi tunjuk ajar sesuatu.

Anak-anak Autism di situ 75% berada di dalam dunia mereka sendiri. Dengan keadaan mereka ini, aku mencuba beberapa kali kaedah pengajaran yang aku telah pelajari. Aku perlu menarik perhatian mereka terlebih dahulu dan membawa minda mereka ke dunia realiti. Itupun aku perlu ulanginya beberapa kali. Satu langkah pengajaran satu kaedah menarik perhatian. Letih juga....yang berjaya..berjayalah...yang tidak..tidaklah.

Di pusat intervensi tersebut aku temui seorang guru yang berkhidmat di situ. Beliaulah satu-satunya kaum Melayu yang sedia berkhidmat dan bertahan mendidik anak-anak Autism. Aku kagumi niat murni dan kegigihan beliau. Agak ramah orangnya.....bersambung k..hihihihi.


Thursday, October 8, 2009

Wednesday, October 7, 2009

Monday, October 5, 2009

continue study....

KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN.


Secara amnya, terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diaplikasikan oleh guru-guru bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ia termasuklah:
  • pembelajaran melalui permainan,
  • main peranan,
  • sumbangsaran,
  • tematik,
  • integrasi,
  • bercerita,
  • memudahcara,
  • perbincangan dan
  • inkuiri.

Pada kali ini aku just nak baca pembelajaran melalui permainan sebab ada sedikit gangguan. Tajuk lain next time la. Lagipun baca banyak tapi yang ingat dan fahamnye sikit takde maknenye.

  1. pembelajaran melalui permainan.
Main biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti yang dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ia mempunyai unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan dan sering menimbulkan kepuasan kepada individu yang terlibat. Jika ia dilaksanakan dalam pembelajaran, maka individu yang terlibat akan mempelajari sesuatu melalui aktiviti permainan yang dilakukan. Terdapat empat jenis permainan iaitu permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan.
  • dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti 'puzzles', 'counting rods' atau 'peg sets'. Tindakan murid-murid adalah berasaskan diri iaitu tiadak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya mempunyai matlamat-matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan.

  • permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari, melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan-kegiatan seperti itu membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanak-kanak atau membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal mempunyai komponen dramatik dan guru boleh mempaerbaiki permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan.

  • permainan dramatik memerlukan murid-murid memain peranan bersama murid-murid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk membantu murid-murid memain beberapa peranan.

  • Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing kerana murid-murid mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi peraturan-peraturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk bermain.


Sunday, October 4, 2009

Picnic PKMB/KH 1

Subhanalla......indahnya ciptaan Tuhan.

Sempat posing masa prepare makanan..tapi lepas tu....hujan pun turun.


Bila hujan ni la tempat perteduhan.

Friday, October 2, 2009

just nak merepek...

Suatu hari, aku temui seorang teman. Waktu senggang itu aku luangkan bersamanya. berbicara tentang pelbagai kisah liku kehidupan yang lalu...sewaktu ditugaskan untuk mengutip ilmu dan kemahiran yang tidak lagi aku fahami dan miliki. Segalanya lancar dan tenang. Dan bila tiba pada satu noktah bicara, temanku merisik-risik khabar hitam sepanjang aku lalui tiga bulan tugasan.


Dia agak mendung dengan khabar itu. Tampak ada riak belas. Dan sesekali dia merangkulku sebagai tanda memberi semangat dan kekuatan. "Sya...kenapa boleh macam tu? Ya Allah...sabar ya. Aku tahu kau kuat." Aku sekadar memandangnya kelat. Bagiku yang berlalu biar berlalu. Tapi aku tewas dengan renungan matanya. Aku pun membuka bicara tanpa ada riak-riak wajah sugul. Biar aku simpan dahulu sugulnya hati..biar nanti waktu yang tentukan akan tumpahnya titis-titis hujan.


Bersama waktu yang berdetik aku muntahkan segala yang ingin diketahui oleh temanku. Biarlah..biar dia tahu akan jalan ku yang berliku. Mungkin dia ada sesuatu yang ingin diberikan pada ku. Khabar silih berganti dengan keluhan temanku itu. Bukan aku yang mengeluh. Geli hati juga ku lihat gelagat teman ku.


"Sya...kau tak ada buat tindakan apa-apa ke? Takkan kau boleh tahan dengan situasi macam tu? Lagi pun dah bertahun macam tu." Aku melepaskan keluhan. Agak sukar untuk aku terjemahkan segala-galanya pada masa sekarang. Juga tidak untuk segalanya aku luahkan. Masih aku simpan wajah pedih ku.


"Aku takut nanti keadaan jadi parah." Teman ku menyambung kembali bait-bait simpati. Dia memberikan hints untuk aku keluar dari daerah yang kontang. "kau tahu kan...setan ada di mana-mana. Bila-bila masa saja setan akan naik tanduk goda kau untuk berbuat kejahatan."


"Entah la Fida. Aku dah tawar." Itu saja balasan yang aku berikan untuknya. Jawapan dari hati yang lama tercalar dan tiada lagi harapan yang digantungkan setinggi langit.


"Hurm...kalau kau rasa tak ada jalan yang baik lagi,
better kau break off." Huh..terkedu minda sebentar tatkala itu saja reaksi teman ku sementelah melihat mata ku tiada lagi sirna. Satu lagi keluhan ku luahkan. Ada bibit-bibit beban yang ku galas dengan perkataan break. Sebelum ini aku sekadar membaca ataupun mendengar ataupun melihat panorama yang dibayangkan oleh teman ku itu. "Fida..aku......"


"
Yes..I know it is bitter for you. But may be the best way to be happy and may be you can focus on your jobs. No longer care on others' feelings."

"
Look to your self. Kau tak macam dulu...tembam, gembira, enjoy your life..but now you..."

"
Follow your heart coz sometimes it's true. Try Istikharah. Mudah-mudahan Allah buka kan jalan terbaik untuk kau."

"Entahlah fida...tengok je lah."

Thursday, October 1, 2009

PKMB-TERAPI SENI (01 Oktober 2009).

Ha...hari ni belajar subjek pendidikan khas masalah pembelajaran best gak. Pensyarah baru yang mengajar...iaitu Pn.Hjh.Sufiah. Hari ni cuma introduce diri sahaja. Tetapi yang menariknya Pn. Sufiah minta semua pelatih lukiskan apa-apa imej yang tergambar dalam fikiran yang menggambarkan tiga fasa kehidupan pelatih...iaitu waktu kanak-kanak, waktu kini dan waktu hadapan.

Macam-macam lakaran dibuat dan dipresentkan oleh pelatih. Ada yang lukis kucing, lukis rumah, lukis rama-rama, teddy bear dsb. Aku lukis pemandangan sawah padi b
erlatarbelakangkan gunung-ganang untuk menggambarkan zaman aku budak-budak. Lepas tu ada la basikal kat tepi sawah. Aku explain, masa kecil-kecil aku suka explore dengan jalan-jalan sekitar kampung. Semua ceruk kampung aku jelajah dengan sepupu dan kawan-kawan.Seronok sangat. Tu yang sampai sekarang aku gamble "merempit" balik Ipoh sorang-sorang. Kehkehkeh!!!

Aku suka aktiviti lasak sikit...macam berkubang depan rumah time banjir, panjat pokok jambu, pokok ciku dll..sampai aku pernah kena sengat tebuan dan lebam-lebam
kepala. Aku gak suka tengok dan tiru bapak dan abang-abang aku baiki basikal atau motor...basikal aku la jadi mangsa. Heheheh...seat elok aku tanggal then pasang balik..handle pun macam tu gak. Lepas tu aku pernah la join abang-abang aku naik sampan. Zaman kanak-kanak aku banyak dibayangi oleh abang-abang aku. Memang aku tak dapat lupakan. So sweet....

Untuk lakaran imej pada masa kini aku lukis seekor semut yang membawa tiga ketul makanan. Ia menggambarkan aku sekarang sedang menggalas tanggungjawab yang besar. Aku adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang pelatih guru, seorang anak..kakak dsb. Pelbagai dugaan yang terpaksa aku harungi sepanjang menjalani kursus KPLI yang menguji kekuatan im
an dan jiwa. Walau apa pun aku perlu kuat dan tabah demi masa depan aku dan orang-orang yang menyayangi aku.

Lukisan yang terakhir ialah sebuah rumah yang ada dalam taman. Means aku impikan sebuah keluarga yang bahagia...ada suami yang ikhlas sepenuh hati menerima, menyayangi dan mengasihi aku, dan ada anak-anak yang comel dan sihat sejahtera. Aku impikan BAITI JANNATI.

Lebih kurang macam tu la cerita aku. Aku macam excited sangat nak cerita zaman aku budak-budak. Yelah...zaman kanak-kanak ni orang kata zaman yang tak fikir langsung masalah...just nak enjoy je taunye.

Lepas tu masa kecil-kecil aku suka berangan...dan ada la 3-4 angan-angan aku tu tercapai. Alhamdulillah.....Aku teringat gak masa aku baru masuk ting
katan satu..masa tu minggu suaikenal. Cikgu aku suruh lukis imej masing-masing bila dewasa dengan menggunakan tangan kiri. Aku pun lukis la aku pakai jubah konvo dan tengah pegang ijazah. Bangga la juga aku coz cikgu puji lukisan aku. Coz aku tengok rata-rata tak jelas lukisan dorang. Dan akhirnya lukisan aku tu jadi realiti. Pulak tu aku pernah terberangan nak belajar kat UIA...then gi Universiti Al-Azhar. Hurmm...pun dapat gak grad UIA. Al-Azhar tu tak nak kot.Tapi entahla....biarlah waktu yang menentukan.

Itu sahajala yang aku nak ceritakan tentang pelajaran hari ini. Tapi ade yang mengarut sikit. Hehehehe..



Tuesday, September 29, 2009

Jom study...Konsep Pengajaran

Disebabkan exam dah dekat, so aku nak tulis sikit-sikit tentang apa yang dah dipelajari dan difahami sepanjang kursus. Ni pun aku ambil daripada blog En.Nordin...hehehe.


Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran? Pengajaran boleh dihuraikan sebagai menyalurkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar atau murid supaya mereka dapat berfungsi dengan sebaiknya dengan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, agama dan negara secara amnya.

Selaras dengan falsafah pendidikan negara iaitu:
satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Oleh yang demikian, tugas seorang guru adalah mengenalpasti keperluan khusus pembelajaran supaya dapat menentukan strategi dan aktiviti yang sesuai dengan murid-murid.
Secara kesimpulannya, pengajaran...
  1. mengutamakan diri kepada pembelajaran dan pembangunan sepanjang hayat,
  2. berkongsi pengetahuan
  3. membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang,
  4. menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid,
  5. menghadapi cabaran diri dan professional,
  6. menerapkan nilai budaya dan kebangsaan,
  7. mewujudkan kesedaran serta penghargaan tentang potensi diri.

Pengajaran boleh juga ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan secara kooperatif antara guru dan murid. Pengajaran dirancang oleh guru dengan sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisistif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan (Mok Soon Sang, 2004). Pengajaran hanya bermakna apabila berlakunya pembelajaran.




Ni ada sikit notes aku dapat dlm internet.

http://www.scribd.com/doc/14277943/Konsep-Pengajaran-Model-Pengajaran

Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri Vs Assignment.

Kisah Aidilfitri....


Menceritakan kenangan adilfitri memang tak cukup sehari. Kalau boleh sebulan tu nak cerita memori di aidilfitri...start dari kanak-kanak sampai sekarang. Pelbagai peristiwa yang dilalui. Teringat sewaktu kecil...lebih kurang darjah 3, 4, 5, 6 macam tu la. Seronok sesangat mengimbas memori sewaktu kecil. Dulu aku beraya dengan sepupu aku jer...masa tu aku masih di Sabak Bernam, Selangor. Kami beraya naik basikal round satu kampung.


Tak cukup satu kampung kami round pekan Sabak Bernam..round Sungai Besar rumah makcik-makcik. Perrrghhh.....bukan kenal letih. Keluar rumah pagi balik petang...itulah keja kami sepupu-sepupu. Balik rumah kena bebel. Hehehehe. Habis puas raya dengan sepupu..beraya dengan kawan lain...panjat pokok ciku depan rumah dia. Peduli ape aku orang kata aku macam budak laki. Janji enjoy!!!



Bila meningkat remaja, lain sikit ceritanya. Zaman remaja beraya konvoi motor dengan kawan-kawan sekolah. Walaupun takde lesen lagi masa tu...tapi kami tibai je. Hhuhuhu..Sampai la kami kat Pasir Salak..Changkat Lada. Yang penting enjoy!!!




Bila dah dewasa ni lain la cara berseronok...beraya dengan anak dan suami. Beraya dengan mak ayah dan adik-beradik round Sabak Bernam..then round Kampung Gajah dan Chikus. Seronok la...tapi dah agak berusia ni selalu letih. Balik rumah je terus tidur tak ingat dunia. heheheh.... Yang penting enjoy!!




Kisah Assignment...




Muahahaha!!!!!Bila dah letih berhari raya sehari suntuk...ambil masa dua tiga hari ziarah kaum kerabat...assignment aku tak tercuit pun. Padahal lagi berapa hari je nak kena hantar. Adeh...itu la yang paling tak enjoy.Uwa!!!!!aku malas nak buat assignment............


SEKIAN.

Wednesday, September 16, 2009

iium life...


Members of PPSCM di Lembah Bujang.




Sukarelawan IIUM di Rumah Kebajikan Ronald McDonald HUKM sempena sambutan hari ibu tahun 2005.



Join the club!!! Camping Prostar sempena sambutan hari Merdeka di Hutan Komanwel.




Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Poem Special Child.

By: ROMA CROWHURST (a mother of a handicapped child)

I'm sending you a special child, to cherish in my name,
For you to love with all your heart,
and teach him just the same,
For he is not like other babies nor will he ever be,
But you can love him just the same and take good care of him for me.

He may not hear, or see, or run, or learn as others do,
But he'll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he'll break your heart,
you'll cry a million tears,
But I promise when he smiles at you,
the pain soon DISAPPEARS.

I know you'll cry,
"Why him, Why us", but I needed teachers true,
And that is why with care and trust, I've selected you,
So please don't turn your back on him,
although he may be slow,
If you'll accept him as he is, then together you will grow.

He needs to learn the skills of life,
for that I've chosen you,
And with your love to guide him,
I know you'll see him through,
Don't try to see the future,
I promise that to none,
Just live each day for all its worth,
and enjoy my special one.


Title: God's Special Child

sources: geocities.com/Athens/Agora/3988/renungan.html

Retrived on: 16th Sept. 2009



ADHD.

Aku sering juga pening memikirkan cara yang terbaik untuk mengurus tingkahlaku murid-murid kategori ADHD. Letih melayan kerenah mereka...macam-macam perangai. Ada yang gemar menyanyi dari awal samapi habis p&p..ada yang gemar bersembang yang kadang-kadang aku sendiri tak faham..ada yang berlari-lari..melompat-lompat sewaktu p&p berjalan..Baru aku tahu itu sebenarnya kanak-kanak ADHD...huhuhu. Sebabnya sebelum ini aku sekadar membayangkan ciri-ciri kanak-kanak ADHD melalui pembacaan. Realitinya begitulah...haram diam budak ADHD ni. Tapi kadang tu enjoy juga tengok diorang...aku yang mengantuk jadi hyper juga. Hehehe....

Kanak-kanak macam ni nampak macam kanak-kanak normal lain. Yang membezakan mereka adalah tahap keupayaan memproses maklumat. Sebab tu la bila belajar mereka bermasalah pembelajaran...sebab susah nak fokus, susah nak terima arahan guru, susah nak terima dan simpan info...kesimpulannya mereka tak dapat didaftarkan sebagai murid-murid perdana. Keputusan yang terbaik adalah mendaftarkan mereka ke dalam kelas khas supaya mereka dapat dididik dengan cara yang khusus.

Disebabkan mereka ini bermasalah dalam pembelajaran dan juga disiplin ketika dalam kelas, aku ingin kongsikan bersama apa yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan pemahaman. Daripada salah satu sumber, ada tiga perkara utama yang menentukan keberkesanan intervensi untuk ADHD:
  1. mengalihkan sesuatu yang menyebabkan kanak-kanak ini hilang tumpuan pada p&p,
  2. mencipta persekitaran yang mendorong kanak-kanak ini memberikan tumpuan kepada p&p.
  3. simple, terang, nyata dan jelas.

Methods dan strategi yang perlu diambil perhatian:
  1. Suasana dan persekitaran kelas
  • tenang, kurang gangguan dan kemusnahan
  • tiada gangguan pandangan, pendengaran mahupun kejadian mengejut
  • terang, nyata dan jelas bagi setiap murid
  • setiap murid ada ruang mereka sendiri
  • mereka perlu dilayan sebaiknya
  • persekitaran yang positif dan menggalakkan
  • ruang bilik darjah yang mencukupi dan fleksibel untuk pergerakkan murid
2. Ruang kerja
  • ruang yang luas antara meja
  • murid dapat melihat murid lain melakukan tugasan
  • kurangkan segala gangguan
  • letak meja murid berdekatan dengan meja guru
3. Aktiviti fizikal
  • memberikan peluang untuk aktiviti fizikal
  • elakkan aktiviti yang tidak memerlukan pergerakkan fizikal
  • cuba kenalpasti sumber-sumber yang membahayakan murid
4. Tugasan
  • memberi galakkan kepada murid untuk bekerja dalam kumpulan
  • sering bersoaljawab dengan murid tentang apa yang perlu mereka lakukan seterusnya
  • tugasan perlu diterangkan dengan jelas supaya murid tahu apa yang sedang dan akan dilakukan.

Ada lagi ni...tapi aku tak sempat nak translate.
  • Staff meaning what they say and backing up words with actions
  • Staff making sure the pupil knows what they want and don’t want
  • Practices which do not threaten or put down
  • The freedom for pupil and teacher to express good and bad feelings constructively
  • Not excusing bad behaviour on the grounds that a child has ADHD. The teacher is in charge and all the pupils should know it
  • Clarity in communication of expected standards of good behaviour
  • Staff meaning what they say and backing up words with actions
  • Gaining the attention of the pupil before giving an instruction
  • Finding an agreed way of gaining attention without necessarily saying the pupil’s name
  • A positive ethos of trust, fairness, openness and encouragement to do well
  • The pupil feeling supported in taking responsibility for his/her own behaviour
  • Classroom discipline being based on expressions of the good behaviour that is wanted, rather than on unwanted bad behaviour
  • Frequent and specific feedback to the pupil about their behaviour
  • The consequences of both adhering to and breaching expected standards of behaviour being clear and consistently delivered.
Setakat ini dahulu yang dapat aku kongsikan pada hari ini. Aku akan explore lagi dunia ADHD dan kongsikan dengan sesiapa.

To be continued.......





Wednesday, September 9, 2009

menghitung hari...


Ni anak murid aku (Syakila yang duduk tepi aku, Nabila yang berdiri, dua lagi Husaini dan Shahrul)... kelas Anggerik. Majoriti slow learner.



Special pose...aku dengan cikgu Shida dan cikgu Ikhwan.



Tuesday, September 8, 2009

HATI EMAS.

Ni aku ada sikit kata-kata nak dikongsikan bersama. Aku dapat kata-kata ni daripada majalah Anis keluaran September 2009.

"Tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat. Dengan kaki yang sakit engkau mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi dengan hatimu yang sakit, kau akan kehilangan tujuan dan harapan. Allah tidak zalim. Dia meletakkan kebahagiaan pada ketenangan hati-yang mampu dimiliki oleh si miskin/si kaya, si buta/ si jelita, hamba/raja.
Di mana akan kau temui hati emas? Tidak dapat kau temui di mana-mana melainkan perlu ditempa dan disesah dengan MUJAHADAH. Umpama intan yang dipanaskan oleh abadengan kepanasan berganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala.
Apabila tiba saat yang paling kritikal dalam hidup-saat perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian dan lain-lain - jangan lari, tetapi hadapi. Walaupun sedih, pedih dan tersisih, jangan lari. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat kalau sudah dihenyak ke dasar yang paling bawah, jangan pura-pura....jangan bermuka-muka.
Apabila sudah tiba di dasar paling bawah, kepala yang dijulang sudah menjunam ke dalam jurang...dan sudah tidak ada lagi tempat untuk jatuh, maka pada ketika itulah peribadimu akan naik semula ke atas. Kau sudah membayar "yuran" pada kejayaan. Kau sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan. Dan saat kau mendapat ijazah daripada universiti muajhadah semakin hampir. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan...hadiahmu cuma satu....HATI EMAS.
Wahai diriku, tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Tidak mengapa jika kau dipinggirkan, malah, dilupakan kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya dirimu....apabila memiliki hati emas."

Itulah lebih kurang kata-kata yang mungkin dapat untuk aku sematkan dalam jiwa...terutamanya tatkala ditimpa musibah.


Sunday, August 30, 2009

Lawatan Cameron Highland.....



So sweet.....jalan-jalan dengan budak sekolah.



guru-guru SKCL3 yang sporting..


Ni semua guru-guru Pendidikan Khas Sek.Keb.Changkat Lada 3, Kg.Gajah...tempat aku praktikal. Sporting......

Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan

KEDATANGANNYA DIRINDUKAN,
KETIADAANYA DIRINDUKAN,
PEMERGIANNYA DITANGISKAN,

AHLAN WA SAHLAN SYAHRU RAMADHAN..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.

Wednesday, August 19, 2009

lagi-lagi observe

aku dah pening!!!!pensyarah datang je aku pening....aku pening je pensyarah datang. Hehehehe... Mesti kantoi je. Kalu tak aku yang bermasalah...bebudak yang bermasalah. Ade yang sengaja main-main bagi hancur p&p aku. Muaahahahaa!!! Aku macam nak surrender je praktikal. Fade up! Lagi masalah rumah...buat aku serba salah je. Tak sedap hati nak buat kerja-kerja praktikal. Entah lah.....apa nak jadi...jadi lah. Aku redha. Tapi semangat perjuangan ini masih utuh dalam sanubari aku.

Friday, August 7, 2009

06 Ogos 2009

Hari ini macam hari-hari biasa yang aku lalui sepanjang praktikal. Bezanya hari ini adalah hari malang bagi ku. Malang tidak berbau lah katakan. hehehehe.... Hari ini aku lewat sedikit balik ke rumah sebab ada taklimat jadual waktu baru bagi guru-guru PPKI. Agak terburu-buru jugalah aku sebab nak menghantar anak ke sekolah petang. Tapi aku masih lagi cool dan mengamalkan sikap berhati-hati di jalanraya. Tiba di satu persimpangan aku nampak ada kereta yang mahu masuk ke simpang jalan. Jadi aku berilah laluan dengan memberikan ruang yang sedia sempit kepada kereta berkenaan. Aku yakin aku sudah berada di dalam zon yang selamat bagi penunggang motorsikal seperti ku...dan aku tidak lagi memandang kereta berkenaan dan hanya memberhentikan motorsikalku di zon selamat. Entah macam mana tiba-tiba aku lihat motorsikal ku tumbang dan aku juga tergolek...sempat jugalah badan ku terhempas di handle motorsikal. Ya Allah orang dah langgar aku...That was the first experience aku terlibat dengan kemalangan. Tetapi aku masih bernasib baik kerana kereta tersebut perlahan sahaja dan aku dalam keadaan berhenti. Kalau tidak mungkin lebih parah. Nasib aku juga baik kerana orang yang melanggar ku bertanggungjawab di atas apa yang telah berlaku.

REFLEKSI daripada aku hari ini, berhati-hati dijalanraya pun kalau sudah takdir kemalangan akan berlaku. Selain itu, menghargai erti sebuah persahabatan...thanksss a lot to all my friends to take care of me. Ade lagi refleksi ni..kesusahan mengajar aku erti ketabahan dan memupuk kekuatan jiwa. Tapi aku ni memang dah biasa susah start Form 1 lagi. Lagi trouble masa di kampus lah. Cabaran di kampus menguji keimanan dan kewarasan akal fikiran. Berbanding dengan di IPIP ni...kawan-kawan sentiasa sama-sama saling support each other. APE YANG PENTING, KERJASAMA!!! Di kampus aku sentiasa lone ranger...berduka..bersuka...ke hulu...ke hilir... pun sorang-sorang. No body care on what I'm doing even the love one. That's all lah kot..LAYAAANN..

Saturday, July 18, 2009

Kerja??Ada apa pada kerja...

Assalamualaikum....

Pada kali ini aku ingin kongsikan pengetahuan dan idea berkaitan dunia pekerjaan. Aku ni dulu masa kecik2 banyak juga berangan-angan. Sekejap nak jadi jururawat, sekejap nak jadi polis, tentera laut, manager dan macam-macam lagi. Tapi satu yang aku tak lupa ialah CIKGU. Pernah juga terberangan nak jadi cikgu sebab suka tengok cikgu-cikgu aku yang comel dan smart.

Sebenarnya apa juga pekerjaan yang kita cita-citakan tu baik-baik belaka. Melalui pekerjaanlah kita dapat menyambung nyawa kita dan juga ahli keluarga kita. Melalui pekerjaan, kita dapat makan, kereta, baju yang cantik-cantik dan macam-macam lagi. Tetapi yang menjadi masalah ialah cara kita bekerja. Adakah pekerjaan kita tu menyekat atau menghalang diri kita daripada mengingati akhirat? Adakah pekerjaan kita itu punyai ruang untuk kita sujud bertafakur kepada Tuhan? Adakah pekerjaan kita itu membuat kita lupa untuk bersantai bersama keluarga?

Sebab itulah aku selalu pohonkan doa supaya aku dapat mencapai angan-anganku untuk menjadi seorang guru. Tidak kiralah sama ada guru aliran perdana mahupun aliran khas. Asalkan aku tidak lalai bahawa aku ini hamba Allah, seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, kakak dan warganegara Malaysia. Betapa banyak tanggungjawab yang dipikul...tapi kalau ikhlas insyaallah....Allah akan permudahkan perjalanan kita walaupun ombak badai datang menguji aku.

Aku bersyukur sebab mungkin aku akan sampai ke destinasi impian ku. Bersyukur kerana pada hari ini aku punyai keluarga dan rakan-rakan seperjungan (IPIP) yang sering memberi perangsang dan semangat untuk terus hidup dan berbakti. Pohonku moga aku tak LALAI.

Tuesday, July 14, 2009

Very Special Children

The following is an excerpt from KinderArt: Born to Create by Andrea Mulder-Slater and Jantje Blokhuis-Mulder

  • Whether your child is particularly active, hearing or visually impaired, or developmentally delayed, always point out the achievements that she makes. Always, always, always, focus on the positive and not on the concepts not yet mastered. You have all the time in the world.
  • Find yourself a support group by contacting other parents who are in the same situation as you. Find out what works for them. Share your triumphs and your failures too.

  • Remember at all times that special needs children do not misbehave on purpose. They want to please you. They want to feel important and worthwhile. Sometimes they may experience difficulty carrying out a task because they have too much energy or because they simply feel frustrated and cannot focus on the task at hand. Be patient and let them know that you are proud of their efforts.
  • Keep a record of your child's achievements. This way you will be able to easily recall the events and experiences that you both enjoyed the most. This will also help you to remember those activities which kept your child's attention and those which did not.
  • Do not overdo the rules. Flexibility is the rule. Think about it – how much fun can making a clay critter or painting a sunshine be if all you hear is, "Don't make a mess" and "Sit up straight."
  • Take lots of deep breaths.
  • Be fair and honest.
  • Don't worry if your child is not reading at the same level as his peers. Don't panic if your youngster doesn't speak or write as quickly as his brother did. If you do suspect that your child has a disability, contact your doctor and make sure the proper tests are carried out. Knowledge is half the battle.
  • All children will be able to take part in some sort of art-making activity. By doing so, they will feel an enormous sense of accomplishment and increased self-esteem. However, be sure to choose all activities carefully – gearing the activity to the ability of the child.
  • Make available lots of modeling materials like clay or homemade dough. This is true for visually impaired children as well as those who have limited fine motor control.
  • If your child is visually impaired, gather a variety of textures to experiment with - smooth papers, rough handmade papers etc.
  • Scented markers are always fun.
  • Have lots of "big paper" for large movements of the hands and arms.
  • Finger paint (bought or homemade) is a terrific tactile material.
  • Dance, dance, dance.
  • Building objects is a great way for kids to feel that they have accomplished something. Try bits of wood, mat board, cardboard etc. You can work as a team, gluing pieces together and in the end even your visually impaired children can feel their creations as they evolve.
  • Weaving is a great idea.
  • Making musical instruments or any art object that makes noise is great.
  • Drawing or painting in time to music is always a hit.
  • If your child is hearing impaired, expose him to musical instruments where he can "feel" the music. Allow him to experience the wind that blows from a woodwind and the vibrations of a guitar string or drum head.
  • Children with down syndrome respond especially well to music, as do youngsters with autism.
  • Try as much as possible to expose your kiddos to the things that make them happy - the things that make them laugh - the things that make them clap their hands and smile.
© Andrea Mulder-Slater, Jantje Blokhuis-Mulder
http://www.kinderart.com/special/

Sape ble tolong??

Kawan-kawan, sape boleh tolong aku nak attach gambar kat dalam blog nih. Tapi tak pandai-pandai..

15 Julai 2009

Apa yang dah aku buat hari ini ek? Hari ini aku ngajo BM. untuk set induksi aku main kotak beracun. Sape dapat kotak dia kena eja satu perkataan yang tertulis pada kertas yang dia pilih. budak-budak seronok main. Aku tak pening sangat control kelas Anggerik nih..murid dengar cakap and faham cakap kita. So sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar. Tapi tak dapat nak abiskan coz aku pun seronok main sama....LUPA DIRI LA TU......Heheheheh. Lepas tu masuk langkah pertama aku still buat kotak beracun...tapi kali ini aku suruh bebudak ni buat satu cerita berdasarkan gambar aku bagi. macam-macam cerita aku budak-budak ni bercerita. yang fakta.....yang auta...sume ade.muahahahah!!!!But it is fun (for me and for pupils).

Friday, July 10, 2009

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

Behavior: Teaching Rules and Routines

Preventative Methods

I'd like to share info I got from somewhere website....let's check it out!!

The best strategies for establishing acceptable behaviors are those strategies that are pro-active and preventative. If you want cooperative children/students, they need to understand and be able to follow your rules and routines. Meeting this goal will ensure that you have a good learning environment.

First of all, you will need to communicate your expectations for acceptable behavior. How will you do this? You will teach the expectations, simply telling children about your expectations is not enough. The following steps will provide you with everything you need to meet with success:

  1. Describe the acceptable behaviors with words and actions; be specific. For instance, instead of telling them to use acceptable voices. Describe the levels of noise for the various activities. Ask them to demonstrate what voices are used during reading time, you should hear silence. Ask them to demonstrate what voices are use during group work, they should speak relatively quietly to their group members. Ask them who they should be talking to at group times. When this role play is complete, once again, ask the students to repeat the 3 types of voice levels and when they are to be used.
  2. Provide opportunties for children to practice expected behaviors. Again, this is like role playing but is quite necessary if you want children to fully understand your expectations. Be sure to focus on the students who experience behavior difficulties to demonstrate and tell you what the acceptable behaviors are in the various situations.
  3. Provide honest and ongoing feedback. Always let your children know if they are behaving appropriately or if there is something they could be doing to improve their behavior. Be specific when telling children what it is about how they're behaving. For instance, you may say that you really liked the way that they put everything away so quickly and quietly. Give regular reminders and feedback, this will help to establish a great climate for learning.
  4. What about the student that breaks the rules? This student should not be embarassed. If there are other students around, you will need to bring the student to a spot that is away from the other students. Ask him/her why he/she thinks you've asked to speak with them. Usually they can tell you. Ask them how they should have handled the situation and what they'll do next time. Include them in the consequence that should happen. Sometimes they'll tell you that they should work alone or that they should give an apology. Your consequence needs to be logical and fit the behavior deviation.
  5. Although you won't be able to predict absolutely every behavior problem that you may encounter, it will be possible to identify many of them. Once you are prepared for the most common behavior problems, you will be able to cope and be able to change many of them. It's often wise to prepare a list of potential behavior issues and preventative and reactive strategies that will lead to ongoing acceptable behaviors. Being prepared for and knowing how you'll handle behavior deviations is half the battle!

Thursday, July 9, 2009

Laman Sajak

MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH

Kuhantar anak ke laman sekolah
dengan bekal jutaan citra
pergi menggalas buku
pulang menggendong ilmu
pergi bersama hati
balik membawa budi.

Biar putih baju beralih kelabu
ingatlah, betapa guru perlu dihormati
takkan sesat arah melangkah.

Rakan jangan sekali disakiti
kalau mandiri mahu dimanusiawi.

Sekolah, gedung intelek harus diteroka
bosan mencari menjemput sesal.

Biar luntur biru warna di seluar
jangan jemu menggigih diri
rumah jaya akan terbina di lereng cita
di anjungnya dapat kaurenung
nilai duri yang menggores kala mendaki
menghirup erti pengorbanan lalu.

Ketika anak kuhantar ke sekolah
harap kau kenal tulen dan palsu
memilih telekung atau gincu
perhalus akal menajam renung
makna rakan maksud sahabat erti taulan.

Mengikat yakin pada hati
syurga tetap di telapak kaki ibu
aku, hanya ayah pemikul amanah
keringat di dahiku tak perlu kauseka.

MOHD. HASHIM OSMAN,
SMK (F) Besout, Sungkai.

Titipan SK Changkat Lada 3

Sehingga kini...tiga minggu sudah pun berlalu tika aku di sini...di SK Changkat Lada 3 (SKCL 3), Kg.Gajah. Sedikit sebanyak aku merasa menjadi guru PPKI. Sakit pening...pahit maung telah aku rasai sedikit. Kesannya....aaarrrgggghhhh!!!!!!!!!! Perh..itu saja yang dapat aku luahkan. Dua rakanku (Amir dan Fathan) mungkin merasai apa yang aku rasa. Hehehehe.. Namun, sering juga aku sendirian mengukir senyuman mengingat keletah murid-murid PPKI SKCL 3. Semangat kembali membara untuk terus terjun dan menyelami dunia PPKI. Harapanku PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA.... Sakit pening itulah yang akan mendorongku untuk lebih kreatif dan inovatif.


Monday, May 18, 2009

mutiara hati

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Rasulullah bersabda bermaksud: Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya. Hadis riwayat al-Hakim.

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.