Saturday, October 10, 2009

Sehari bersama kanak-kanak Autism.

Kelmarin, aku bersama segerombolan ahli persatuan yang aku sertai telah ke pusat Autism untuk menyumbangkan sedikit tenaga dan waktu untuk bersama anak-anak Autism. Agak serabut jugalah program yang diadakan kerana terlalu ramai sukarelawati. Padahal anak-anak Autism di situ hanya ada sekitar 15 orang dan juga ruang kediaman anak-anak Autism yang kecil yang tidak selasa untuk ahli sukarelawati yang hadir. Harapan aku hanyalah pada masa akan datang persatuan ini akan menganjurkan aktiviti kebajikan yang lebih sesuai dengan bilangan ahli persatuan.

Aku tak mahu lagi menganalisis kejayaan program tersebut, tetapi aku mahu kongsikan pengalaman sepanjang aku bersama anak-anak Autism. Anak-anak Autism di situ dikategorikan dalam Autism yang teruk. Tidak seperti murid-murid Khas di sekolah praktikal...mereka memang sukar untuk mempelajari sesuatu. Tahap daya tumpuan mereka sememangnya singkat sehinggakan sukarelawati yang kebanyakkannya tidak pernah didedahkan dengan dunia insan istimewa begitu terkejut dan agak mudah putus asa untuk memberi tunjuk ajar sesuatu.

Anak-anak Autism di situ 75% berada di dalam dunia mereka sendiri. Dengan keadaan mereka ini, aku mencuba beberapa kali kaedah pengajaran yang aku telah pelajari. Aku perlu menarik perhatian mereka terlebih dahulu dan membawa minda mereka ke dunia realiti. Itupun aku perlu ulanginya beberapa kali. Satu langkah pengajaran satu kaedah menarik perhatian. Letih juga....yang berjaya..berjayalah...yang tidak..tidaklah.

Di pusat intervensi tersebut aku temui seorang guru yang berkhidmat di situ. Beliaulah satu-satunya kaum Melayu yang sedia berkhidmat dan bertahan mendidik anak-anak Autism. Aku kagumi niat murni dan kegigihan beliau. Agak ramah orangnya.....bersambung k..hihihihi.


No comments:

Post a Comment