Monday, October 5, 2009

continue study....

KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN.


Secara amnya, terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diaplikasikan oleh guru-guru bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ia termasuklah:
  • pembelajaran melalui permainan,
  • main peranan,
  • sumbangsaran,
  • tematik,
  • integrasi,
  • bercerita,
  • memudahcara,
  • perbincangan dan
  • inkuiri.

Pada kali ini aku just nak baca pembelajaran melalui permainan sebab ada sedikit gangguan. Tajuk lain next time la. Lagipun baca banyak tapi yang ingat dan fahamnye sikit takde maknenye.

  1. pembelajaran melalui permainan.
Main biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti yang dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ia mempunyai unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan dan sering menimbulkan kepuasan kepada individu yang terlibat. Jika ia dilaksanakan dalam pembelajaran, maka individu yang terlibat akan mempelajari sesuatu melalui aktiviti permainan yang dilakukan. Terdapat empat jenis permainan iaitu permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan.
  • dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti 'puzzles', 'counting rods' atau 'peg sets'. Tindakan murid-murid adalah berasaskan diri iaitu tiadak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya mempunyai matlamat-matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan.

  • permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari, melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan-kegiatan seperti itu membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanak-kanak atau membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal mempunyai komponen dramatik dan guru boleh mempaerbaiki permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan.

  • permainan dramatik memerlukan murid-murid memain peranan bersama murid-murid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk membantu murid-murid memain beberapa peranan.

  • Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing kerana murid-murid mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi peraturan-peraturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk bermain.


No comments:

Post a Comment