TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET.
Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang mahir dan terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah-ubah mengikut beberapa peringkat usia mereka. Perkembangan kognitif di sini merujuk kepada sebarang perubahan atau perkembangan dari segi pemikiran. Ini termasuklah keupayaan memahami konsep songsangan, induktif dan deduktif, serta kebolehan memahami sesuatu yang abstrak.
Ada pendapat mengatakan bahawa teori kognitif ini merupakan salah satu cabang mazhab konstruktivism yang membawa pemahaman konsep 'nurture', kerana sebarang perkembangan minda adalah hasil daripada tindakbalas reflektif terhadap lingkungannya. Perubahan-perubahan ini sama ada kita sedar atau tidak ia banyak dipengaruhi oleh persekitaran (keluarga, rakan, guru dll), pengalaman, genetik, fizikal dan emosi. Berbanding dengan mazhab nativism (nature) yang meletakkan tahap perkembangan adalah hasil daripada bawaan atau kejadian semula jadi.
Daripada hasil pemerhatian yang diperolehi, Piaget telah mengusulkan beberapa peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu peringkat sensorimotor, peringkat pra-operasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.

1. peringkat sensorimotor (0-2tahun)
Dalam peringkat ini, bayi akan mempelajari sesuatu melalui deriamotornya. Malahan bayi juga akan mengekspresikan emosi melalui deria motor. Dalam erti kata yang lain, bayi akan berinteraksi dengan persekitarannya dengan menggunakan deria motor. Sebagai contoh, bayi akan menangis jika lampinnya basah atau jika ia lapar. Pada peringkat ini juga kanak-kanak masih tidak dapat menguasai daya koordinasi di antara deria penglihatan dan juga sentuhan.
2. Peringkat pra-operasi. (2-7tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Sekitar usia 4tahun, kanak-kanak sudah mampu bertutur dan dapat difahami bahasa pertuturannya. Ini berikutan tahap perkembangan kognitifnya yang pesat lantaran lingkungan sosial yang sedikit meluas yang membolehkan mereka berinteraksi dan mempelajari sesuatu yang baru.
Di samping itu, pada peringkat ini kanak-kanak lebih egosentrik. Kanak-kanak hanya mementingkan dirinya sahaja dan mengenepikan atau tidak mengendahkan kepentingan dan keperluan orang lain. Oleh sebab itulah, jika kita lihat kanak-kanak begitu sukar untuk memenuhi permintaan ibu mereka dan akan fokus kepada kehendak mereka sahaja tanpa mengendahkan keadaan orang lain.
Di akhir peringkat ini, kanak-kanak mula menguasai kemahiran berfikir secara abstrak. Maksudnya di sini adalah mereka sudah berupaya untuk mengusulkan sebab-sebab bagi menyokong kepercayaan mereka. Mereka juga dilihat sudah boleh mengelaskan objek mengikut kategori tertentu serta memhami konsep keabadian.
3. Peringkat Konkrit.(7-12tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah tidak lagi mementingkan diri dan tidak lagi egosentrik. Kanak-kanak mula belajar menerima dan mempertimbang pandangan orang lain. Selain itu, mereka juga boleh berfikir secara logik, dan berfikir secara induktif atau deduktif, namun masih terhad. Oleh sebab itu mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Mereka juga berupaya mempelajari sesuatu dengan lebih banyak lagi. Ini bermakna tahap kemampuan mereka memproses maklumat sudah semakin baik.
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Selepas usia 12 tahun ia dipanggil usia remaja Tahap ini golongan remaja sudah mampu berfikir sesuatu yang abstrak. Mereka mampu menyelesaikan masalah yang agak kompleks dan berfikir samada secara deduktif mahupun induktif bagi membuktikan sesuatu pandangan. Ini dapat dilihat dalam menyelesaikan masalah berkaitan Matematik, di mana pelajar boleh membuat pernyataan umum melalui konsep dan simbol-simbol Matematik.

No comments:
Post a Comment