Thursday, August 12, 2010

Sekadar ingin mengetahui................

                     Sempena bulan Ramadhan ni ana teringin pula nak tahu serba sedikit tentang solat sunat Terawih. Yealaaa...tak nak jadi macam burung kakak tua....parroting...copy paste...orang buat kita buat. Orang kata...tak ada feel.
 
                    Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat. Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

                       Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

                        Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Bercerita tentang solat Terawih..terlanjur terfikir tentang solat Terawih bagi kaum Hawa. Ana menemui beberapa article dalam website (http://www.arabmykrk.com/) berkaitan dengan solat ini bagi kaum Hawa..

               Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak, demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing. Meskipun wanita diharuskan pergi ke masjid, namun Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka melaksanakan solat di rumah-rumah mereka.
 
            Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” 

                    Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).