Tuesday, September 29, 2009

Jom study...Konsep Pengajaran

Disebabkan exam dah dekat, so aku nak tulis sikit-sikit tentang apa yang dah dipelajari dan difahami sepanjang kursus. Ni pun aku ambil daripada blog En.Nordin...hehehe.


Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran? Pengajaran boleh dihuraikan sebagai menyalurkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar atau murid supaya mereka dapat berfungsi dengan sebaiknya dengan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, agama dan negara secara amnya.

Selaras dengan falsafah pendidikan negara iaitu:
satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Oleh yang demikian, tugas seorang guru adalah mengenalpasti keperluan khusus pembelajaran supaya dapat menentukan strategi dan aktiviti yang sesuai dengan murid-murid.
Secara kesimpulannya, pengajaran...
  1. mengutamakan diri kepada pembelajaran dan pembangunan sepanjang hayat,
  2. berkongsi pengetahuan
  3. membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang,
  4. menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid,
  5. menghadapi cabaran diri dan professional,
  6. menerapkan nilai budaya dan kebangsaan,
  7. mewujudkan kesedaran serta penghargaan tentang potensi diri.

Pengajaran boleh juga ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan secara kooperatif antara guru dan murid. Pengajaran dirancang oleh guru dengan sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisistif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan (Mok Soon Sang, 2004). Pengajaran hanya bermakna apabila berlakunya pembelajaran.




Ni ada sikit notes aku dapat dlm internet.

http://www.scribd.com/doc/14277943/Konsep-Pengajaran-Model-Pengajaran

No comments:

Post a Comment