Tuesday, September 8, 2009

HATI EMAS.

Ni aku ada sikit kata-kata nak dikongsikan bersama. Aku dapat kata-kata ni daripada majalah Anis keluaran September 2009.

"Tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat. Dengan kaki yang sakit engkau mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi dengan hatimu yang sakit, kau akan kehilangan tujuan dan harapan. Allah tidak zalim. Dia meletakkan kebahagiaan pada ketenangan hati-yang mampu dimiliki oleh si miskin/si kaya, si buta/ si jelita, hamba/raja.
Di mana akan kau temui hati emas? Tidak dapat kau temui di mana-mana melainkan perlu ditempa dan disesah dengan MUJAHADAH. Umpama intan yang dipanaskan oleh abadengan kepanasan berganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala.
Apabila tiba saat yang paling kritikal dalam hidup-saat perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian dan lain-lain - jangan lari, tetapi hadapi. Walaupun sedih, pedih dan tersisih, jangan lari. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat kalau sudah dihenyak ke dasar yang paling bawah, jangan pura-pura....jangan bermuka-muka.
Apabila sudah tiba di dasar paling bawah, kepala yang dijulang sudah menjunam ke dalam jurang...dan sudah tidak ada lagi tempat untuk jatuh, maka pada ketika itulah peribadimu akan naik semula ke atas. Kau sudah membayar "yuran" pada kejayaan. Kau sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan. Dan saat kau mendapat ijazah daripada universiti muajhadah semakin hampir. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan...hadiahmu cuma satu....HATI EMAS.
Wahai diriku, tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Tidak mengapa jika kau dipinggirkan, malah, dilupakan kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya dirimu....apabila memiliki hati emas."

Itulah lebih kurang kata-kata yang mungkin dapat untuk aku sematkan dalam jiwa...terutamanya tatkala ditimpa musibah.


No comments:

Post a Comment