Saturday, October 24, 2009



Luasnya ilmu Allah swt tidak terhingga....Subhanallah.


Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". (al-Kahfi:ayat 109)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.


Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Friday, October 23, 2009

Merapu lagi.

Hari ini...mentari begitu sirna
dinihari nan dingin
embunan mendinginkan subuh
kicau burung bersenda gurau
rerama bebas berkejaran
saujana terbentang sawah menghijau
membiru terhampar lautan luas
pohonan nyiur berdansa
seiring sejalan senada seirama
bisakah lagi esok serupa hari ini...



Hanya pada Mu Rabb..
aku sandarkan hidup dan matiku
tiada apa lagi yang mampu memimpinku
untukku susuri liku-liku perjalanan
sekadar aku pohonkan
suluhi perjalananku dengan cahaya Mu
pagari jiwaku dengan kasih sayang Mu
sesungguhnya...
Engkaulah yang maha Mengetahui.

Study.

TEORI PERKEMBANGAN EMOSI-FIZIKAL (ERIK ERIKSON)


Erikson terkenal dengan teori psikososial yang mana manusia akan mengalami lapan peringkat perkembangan yang berlaku berterusan sepanjang kehidupannya. Pada setiap peringkat ia akan menimbulkan tingkahlaku positif dan negatif yang membawa kepada masalah penyelesaian psikologikal kerana konflik emosi. Seseorang individu itu akan cuba memenuhi kepuasan di samping menghadapi risiko kegagalan. Misalnya, pada peringkat kanak-kanak, perkembangan lebih menjurus kepada perkembangan identiti dan memelihara kestabilan jati diri.


Peringkat-peringkat perkembangan emosi-fizikal manusia:

  1. Kepercayaan Vs ketidakpercayaan (0-1.5tahun)
Dalam peringkat ini, bayi akan membina kepercayaan terhadap persekitarannya. Ini bermaksud kepercayaan bayi dibina melalui keperluannya yang perlu dipenuhi. Jika keperluannya seperti kasih sayang atau pelukan ibunya tidak diperolehi, maka ini akan membina ketidakpercayaan atau ketidakstabilan emosi dan seterusnya membentuk tingkahlaku yang negatifpada masa hadapan.



2. Autonomi Vs Malu/Ragu2 (1.5-3tahun)
Perkembangan manusia masih lagi berlangsung pada peringkat ini. Namun demikian, ia berbeza keperluan. Pada peringkat ini, perkembangan kanak-kanak berfokuskan kepada keinginan untuk berkuasa. Kanak-kanka cenderung untuk membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri atau lebih gemar berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jika kanak-kanak berupaya menguasai persekitaran, maka mereka dapat membina emosi yang positif. Mereka mungkin akan lebih berkeyakinan apabila berada dikhalayak. Sebaliknya, jika tidak ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan merasa malu dan ragu-ragu.


3. Inisiatif Vs Serba salah (3-6tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak sudah bersekolah dan lebih banyak terdedah dengan persekitarannya. Maka pergaulan sosialnya lebih meluas dan akan membina pengalaman yang lebih terbuka. Kanak-kanak pada peringkat ini lebih mudah mempelajari sesuatu yang baru kerana mindanya masih lagi suci dan segar. Pergerakan motornya juga aktif pada waktu ini yang akan menyebabkan mereka bergerak dengan cepat. Di samping itu, mereka begitu peka dengan konsep betul atau salah.


contd................

Thursday, October 22, 2009

Study lagi...

TEORI TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST.


Robert Havighurst merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang banyak mengemukakan teori tugas-tugas perkembangan manusia dengan berlandaskan faktor sosiobudaya dalam mempengaruhi perkembangan jasmani. Beliau merujuk perkembangan tugas-tugas ini seperti berjalan, berlari dan melompat mengikut peringkat-peringkat tertentu.

Pada setiap peringkat perkembangan manusia ada tugas-tugas khas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas-tugas tersebut dengan jayanya membawa kepada kebahagiaan. Sebaliknya jika kegagalan yang ditemui, maka individu tersebut akan mengalami masalah menyelesaikan masalah dan akan mengalami kekecewaan.

Havighurst juga menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang individu itu banyak dipengaruhi oleh faktor nilai, norma dan budaya masyarakat setempat.

Sunday, October 11, 2009

Jom study lagi.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET.

Jean Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang mahir dan terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah-ubah mengikut beberapa peringkat usia mereka. Perkembangan kognitif di sini merujuk kepada sebarang perubahan atau perkembangan dari segi pemikiran. Ini termasuklah keupayaan memahami konsep songsangan, induktif dan deduktif, serta kebolehan memahami sesuatu yang abstrak.

Ada pendapat mengatakan bahawa teori kognitif ini merupakan salah satu cabang mazhab konstruktivism yang membawa pemahaman konsep 'nurture', kerana sebarang perkembangan minda adalah hasil daripada tindakbalas reflektif terhadap lingkungannya.
Perubahan-perubahan ini sama ada kita sedar atau tidak ia banyak dipengaruhi oleh persekitaran (keluarga, rakan, guru dll), pengalaman, genetik, fizikal dan emosi. Berbanding dengan mazhab nativism (nature) yang meletakkan tahap perkembangan adalah hasil daripada bawaan atau kejadian semula jadi.

Daripada hasil pemerhatian yang diperolehi, Piaget telah mengusulkan beberapa peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu peringkat sensorimotor, peringkat pra-operasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.
1. peringkat sensorimotor (0-2tahun)
Dalam peringkat ini, bayi akan mempelajari sesuatu melalui deriamotornya. Malahan bayi juga akan mengekspresikan emosi melalui deria motor.
Dalam erti kata yang lain, bayi akan berinteraksi dengan persekitarannya dengan menggunakan deria motor. Sebagai contoh, bayi akan menangis jika lampinnya basah atau jika ia lapar. Pada peringkat ini juga kanak-kanak masih tidak dapat menguasai daya koordinasi di antara deria penglihatan dan juga sentuhan.

2. Peringkat pra-operasi. (2-7tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Sekitar usia 4tahun, kanak-kanak sudah mampu bertutur dan dapat difahami bahasa pertuturannya. Ini berikutan tahap perkembangan kognitifnya yang pesat lantaran lingkungan sosial yang sedikit meluas yang membolehkan mereka berinteraksi dan mempelajari sesuatu yang baru.

Di samping itu, pada peringkat ini kanak-kanak lebih egosentrik. Kanak-kanak hanya mementingkan dirinya sahaja dan mengenepikan atau tidak mengendahkan kepentingan dan keperluan orang lain. Oleh sebab itulah, jika kita lihat kanak-kanak begitu sukar untuk memenuhi permintaan ibu mereka dan akan fokus kepada kehendak mereka sahaja tanpa mengendahkan keadaan orang lain.

Di akhir peringkat ini, kanak-kanak mula menguasai kemahiran berfikir secara abstrak. Maksudnya di sini adalah mereka sudah berupaya untuk mengusulkan sebab-sebab bagi menyokong kepercayaan mereka. Mereka juga dilihat sudah boleh mengelaskan objek mengikut kategori tertentu serta memhami konsep keabadian.

3. Peringkat Konkrit.(7-12tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah tidak lagi mementingkan diri dan tidak lagi egosentrik. Kanak-kanak mula belajar menerima dan mempertimbang pandangan orang lain. Selain itu, mereka juga boleh berfikir secara logik, dan berfikir secara induktif atau deduktif, namun masih terhad. Oleh sebab itu mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Mereka juga berupaya mempelajari sesuatu dengan lebih banyak lagi. Ini bermakna tahap kemampuan mereka memproses maklumat sudah semakin baik.

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Selepas usia 12 tahun ia dipanggil usia remaja Tahap ini golongan remaja sudah mampu berfikir sesuatu yang abstrak. Mereka mampu menyelesaikan masalah yang agak kompleks dan berfikir samada secara deduktif mahupun induktif bagi membuktikan sesuatu pandangan. Ini dapat dilihat dalam menyelesaikan masalah berkaitan Matematik, di mana pelajar boleh membuat pernyataan umum melalui konsep dan simbol-simbol Matematik.

sana sini open house...

Open house di rumah kak Zura.



Open house di rumah pensyarah..Encik Anuar.

Saturday, October 10, 2009

Sehari bersama kanak-kanak Autism.

Kelmarin, aku bersama segerombolan ahli persatuan yang aku sertai telah ke pusat Autism untuk menyumbangkan sedikit tenaga dan waktu untuk bersama anak-anak Autism. Agak serabut jugalah program yang diadakan kerana terlalu ramai sukarelawati. Padahal anak-anak Autism di situ hanya ada sekitar 15 orang dan juga ruang kediaman anak-anak Autism yang kecil yang tidak selasa untuk ahli sukarelawati yang hadir. Harapan aku hanyalah pada masa akan datang persatuan ini akan menganjurkan aktiviti kebajikan yang lebih sesuai dengan bilangan ahli persatuan.

Aku tak mahu lagi menganalisis kejayaan program tersebut, tetapi aku mahu kongsikan pengalaman sepanjang aku bersama anak-anak Autism. Anak-anak Autism di situ dikategorikan dalam Autism yang teruk. Tidak seperti murid-murid Khas di sekolah praktikal...mereka memang sukar untuk mempelajari sesuatu. Tahap daya tumpuan mereka sememangnya singkat sehinggakan sukarelawati yang kebanyakkannya tidak pernah didedahkan dengan dunia insan istimewa begitu terkejut dan agak mudah putus asa untuk memberi tunjuk ajar sesuatu.

Anak-anak Autism di situ 75% berada di dalam dunia mereka sendiri. Dengan keadaan mereka ini, aku mencuba beberapa kali kaedah pengajaran yang aku telah pelajari. Aku perlu menarik perhatian mereka terlebih dahulu dan membawa minda mereka ke dunia realiti. Itupun aku perlu ulanginya beberapa kali. Satu langkah pengajaran satu kaedah menarik perhatian. Letih juga....yang berjaya..berjayalah...yang tidak..tidaklah.

Di pusat intervensi tersebut aku temui seorang guru yang berkhidmat di situ. Beliaulah satu-satunya kaum Melayu yang sedia berkhidmat dan bertahan mendidik anak-anak Autism. Aku kagumi niat murni dan kegigihan beliau. Agak ramah orangnya.....bersambung k..hihihihi.


Thursday, October 8, 2009

Wednesday, October 7, 2009

Monday, October 5, 2009

continue study....

KAEDAH-KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN.


Secara amnya, terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diaplikasikan oleh guru-guru bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ia termasuklah:
  • pembelajaran melalui permainan,
  • main peranan,
  • sumbangsaran,
  • tematik,
  • integrasi,
  • bercerita,
  • memudahcara,
  • perbincangan dan
  • inkuiri.

Pada kali ini aku just nak baca pembelajaran melalui permainan sebab ada sedikit gangguan. Tajuk lain next time la. Lagipun baca banyak tapi yang ingat dan fahamnye sikit takde maknenye.

  1. pembelajaran melalui permainan.
Main biasanya ditakrifkan sebagai aktiviti yang dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ia mempunyai unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan dan sering menimbulkan kepuasan kepada individu yang terlibat. Jika ia dilaksanakan dalam pembelajaran, maka individu yang terlibat akan mempelajari sesuatu melalui aktiviti permainan yang dilakukan. Terdapat empat jenis permainan iaitu permainan manipulatif, permainan fizikal, permainan dramatik dan permainan.
  • dalam permainan manipulatif, murid-murid menggunakan alat-alat kecil seperti 'puzzles', 'counting rods' atau 'peg sets'. Tindakan murid-murid adalah berasaskan diri iaitu tiadak ada interaksi di antara aktiviti manipulatif dan jenis aktiviti yang lain atau terdapat elemen dramatik dalam permainan itu. Aktiviti permainan manipulatif secara amnya mempunyai matlamat-matlamat yang sempit dari segi nilai pendidikan.

  • permainan fizikal melibatkan tindakbalas otot-otot besar seperti berlari, melompat atau menaiki basikal roda tiga. Kegiatan-kegiatan seperti itu membantu memperbaiki kemahiran fizikal kanak-kanak atau membantu mereka belajar dalam situasi yang baru. Permainan fizikal mempunyai komponen dramatik dan guru boleh mempaerbaiki permainan ini atau memperkenalkan aspek sosial dalam permainan.

  • permainan dramatik memerlukan murid-murid memain peranan bersama murid-murid yang lain dalam situasi yang tidak formal tetapi benar. Guru boleh wujudkan situasi permainan dramatik untuk membantu murid-murid memain beberapa peranan.

  • Permainan adalah satu lagi aktiviti. Permainan adalah berstruktur tinggi dan terdapat peraturan-peraturan khas yang perlu dipatuhi. Murid-murid perlu diajar strategi-strategi bermain. Guru harus membimbing kerana murid-murid mungkin tidak cukup matang dalam mematuhi peraturan-peraturan atau memahami tingkah laku yang sesuai untuk bermain.


Sunday, October 4, 2009

Picnic PKMB/KH 1

Subhanalla......indahnya ciptaan Tuhan.

Sempat posing masa prepare makanan..tapi lepas tu....hujan pun turun.


Bila hujan ni la tempat perteduhan.

Friday, October 2, 2009

just nak merepek...

Suatu hari, aku temui seorang teman. Waktu senggang itu aku luangkan bersamanya. berbicara tentang pelbagai kisah liku kehidupan yang lalu...sewaktu ditugaskan untuk mengutip ilmu dan kemahiran yang tidak lagi aku fahami dan miliki. Segalanya lancar dan tenang. Dan bila tiba pada satu noktah bicara, temanku merisik-risik khabar hitam sepanjang aku lalui tiga bulan tugasan.


Dia agak mendung dengan khabar itu. Tampak ada riak belas. Dan sesekali dia merangkulku sebagai tanda memberi semangat dan kekuatan. "Sya...kenapa boleh macam tu? Ya Allah...sabar ya. Aku tahu kau kuat." Aku sekadar memandangnya kelat. Bagiku yang berlalu biar berlalu. Tapi aku tewas dengan renungan matanya. Aku pun membuka bicara tanpa ada riak-riak wajah sugul. Biar aku simpan dahulu sugulnya hati..biar nanti waktu yang tentukan akan tumpahnya titis-titis hujan.


Bersama waktu yang berdetik aku muntahkan segala yang ingin diketahui oleh temanku. Biarlah..biar dia tahu akan jalan ku yang berliku. Mungkin dia ada sesuatu yang ingin diberikan pada ku. Khabar silih berganti dengan keluhan temanku itu. Bukan aku yang mengeluh. Geli hati juga ku lihat gelagat teman ku.


"Sya...kau tak ada buat tindakan apa-apa ke? Takkan kau boleh tahan dengan situasi macam tu? Lagi pun dah bertahun macam tu." Aku melepaskan keluhan. Agak sukar untuk aku terjemahkan segala-galanya pada masa sekarang. Juga tidak untuk segalanya aku luahkan. Masih aku simpan wajah pedih ku.


"Aku takut nanti keadaan jadi parah." Teman ku menyambung kembali bait-bait simpati. Dia memberikan hints untuk aku keluar dari daerah yang kontang. "kau tahu kan...setan ada di mana-mana. Bila-bila masa saja setan akan naik tanduk goda kau untuk berbuat kejahatan."


"Entah la Fida. Aku dah tawar." Itu saja balasan yang aku berikan untuknya. Jawapan dari hati yang lama tercalar dan tiada lagi harapan yang digantungkan setinggi langit.


"Hurm...kalau kau rasa tak ada jalan yang baik lagi,
better kau break off." Huh..terkedu minda sebentar tatkala itu saja reaksi teman ku sementelah melihat mata ku tiada lagi sirna. Satu lagi keluhan ku luahkan. Ada bibit-bibit beban yang ku galas dengan perkataan break. Sebelum ini aku sekadar membaca ataupun mendengar ataupun melihat panorama yang dibayangkan oleh teman ku itu. "Fida..aku......"


"
Yes..I know it is bitter for you. But may be the best way to be happy and may be you can focus on your jobs. No longer care on others' feelings."

"
Look to your self. Kau tak macam dulu...tembam, gembira, enjoy your life..but now you..."

"
Follow your heart coz sometimes it's true. Try Istikharah. Mudah-mudahan Allah buka kan jalan terbaik untuk kau."

"Entahlah fida...tengok je lah."

Thursday, October 1, 2009

PKMB-TERAPI SENI (01 Oktober 2009).

Ha...hari ni belajar subjek pendidikan khas masalah pembelajaran best gak. Pensyarah baru yang mengajar...iaitu Pn.Hjh.Sufiah. Hari ni cuma introduce diri sahaja. Tetapi yang menariknya Pn. Sufiah minta semua pelatih lukiskan apa-apa imej yang tergambar dalam fikiran yang menggambarkan tiga fasa kehidupan pelatih...iaitu waktu kanak-kanak, waktu kini dan waktu hadapan.

Macam-macam lakaran dibuat dan dipresentkan oleh pelatih. Ada yang lukis kucing, lukis rumah, lukis rama-rama, teddy bear dsb. Aku lukis pemandangan sawah padi b
erlatarbelakangkan gunung-ganang untuk menggambarkan zaman aku budak-budak. Lepas tu ada la basikal kat tepi sawah. Aku explain, masa kecil-kecil aku suka explore dengan jalan-jalan sekitar kampung. Semua ceruk kampung aku jelajah dengan sepupu dan kawan-kawan.Seronok sangat. Tu yang sampai sekarang aku gamble "merempit" balik Ipoh sorang-sorang. Kehkehkeh!!!

Aku suka aktiviti lasak sikit...macam berkubang depan rumah time banjir, panjat pokok jambu, pokok ciku dll..sampai aku pernah kena sengat tebuan dan lebam-lebam
kepala. Aku gak suka tengok dan tiru bapak dan abang-abang aku baiki basikal atau motor...basikal aku la jadi mangsa. Heheheh...seat elok aku tanggal then pasang balik..handle pun macam tu gak. Lepas tu aku pernah la join abang-abang aku naik sampan. Zaman kanak-kanak aku banyak dibayangi oleh abang-abang aku. Memang aku tak dapat lupakan. So sweet....

Untuk lakaran imej pada masa kini aku lukis seekor semut yang membawa tiga ketul makanan. Ia menggambarkan aku sekarang sedang menggalas tanggungjawab yang besar. Aku adalah seorang isteri, seorang ibu, seorang pelatih guru, seorang anak..kakak dsb. Pelbagai dugaan yang terpaksa aku harungi sepanjang menjalani kursus KPLI yang menguji kekuatan im
an dan jiwa. Walau apa pun aku perlu kuat dan tabah demi masa depan aku dan orang-orang yang menyayangi aku.

Lukisan yang terakhir ialah sebuah rumah yang ada dalam taman. Means aku impikan sebuah keluarga yang bahagia...ada suami yang ikhlas sepenuh hati menerima, menyayangi dan mengasihi aku, dan ada anak-anak yang comel dan sihat sejahtera. Aku impikan BAITI JANNATI.

Lebih kurang macam tu la cerita aku. Aku macam excited sangat nak cerita zaman aku budak-budak. Yelah...zaman kanak-kanak ni orang kata zaman yang tak fikir langsung masalah...just nak enjoy je taunye.

Lepas tu masa kecil-kecil aku suka berangan...dan ada la 3-4 angan-angan aku tu tercapai. Alhamdulillah.....Aku teringat gak masa aku baru masuk ting
katan satu..masa tu minggu suaikenal. Cikgu aku suruh lukis imej masing-masing bila dewasa dengan menggunakan tangan kiri. Aku pun lukis la aku pakai jubah konvo dan tengah pegang ijazah. Bangga la juga aku coz cikgu puji lukisan aku. Coz aku tengok rata-rata tak jelas lukisan dorang. Dan akhirnya lukisan aku tu jadi realiti. Pulak tu aku pernah terberangan nak belajar kat UIA...then gi Universiti Al-Azhar. Hurmm...pun dapat gak grad UIA. Al-Azhar tu tak nak kot.Tapi entahla....biarlah waktu yang menentukan.

Itu sahajala yang aku nak ceritakan tentang pelajaran hari ini. Tapi ade yang mengarut sikit. Hehehehe..