Tuesday, September 29, 2009

Jom study...Konsep Pengajaran

Disebabkan exam dah dekat, so aku nak tulis sikit-sikit tentang apa yang dah dipelajari dan difahami sepanjang kursus. Ni pun aku ambil daripada blog En.Nordin...hehehe.


Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran? Pengajaran boleh dihuraikan sebagai menyalurkan pengetahuan, kemahiran, dan nilai kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar atau murid supaya mereka dapat berfungsi dengan sebaiknya dengan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, agama dan negara secara amnya.

Selaras dengan falsafah pendidikan negara iaitu:
satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Oleh yang demikian, tugas seorang guru adalah mengenalpasti keperluan khusus pembelajaran supaya dapat menentukan strategi dan aktiviti yang sesuai dengan murid-murid.
Secara kesimpulannya, pengajaran...
  1. mengutamakan diri kepada pembelajaran dan pembangunan sepanjang hayat,
  2. berkongsi pengetahuan
  3. membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang,
  4. menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid,
  5. menghadapi cabaran diri dan professional,
  6. menerapkan nilai budaya dan kebangsaan,
  7. mewujudkan kesedaran serta penghargaan tentang potensi diri.

Pengajaran boleh juga ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan secara kooperatif antara guru dan murid. Pengajaran dirancang oleh guru dengan sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisistif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan (Mok Soon Sang, 2004). Pengajaran hanya bermakna apabila berlakunya pembelajaran.




Ni ada sikit notes aku dapat dlm internet.

http://www.scribd.com/doc/14277943/Konsep-Pengajaran-Model-Pengajaran

Tuesday, September 22, 2009

Aidilfitri Vs Assignment.

Kisah Aidilfitri....


Menceritakan kenangan adilfitri memang tak cukup sehari. Kalau boleh sebulan tu nak cerita memori di aidilfitri...start dari kanak-kanak sampai sekarang. Pelbagai peristiwa yang dilalui. Teringat sewaktu kecil...lebih kurang darjah 3, 4, 5, 6 macam tu la. Seronok sesangat mengimbas memori sewaktu kecil. Dulu aku beraya dengan sepupu aku jer...masa tu aku masih di Sabak Bernam, Selangor. Kami beraya naik basikal round satu kampung.


Tak cukup satu kampung kami round pekan Sabak Bernam..round Sungai Besar rumah makcik-makcik. Perrrghhh.....bukan kenal letih. Keluar rumah pagi balik petang...itulah keja kami sepupu-sepupu. Balik rumah kena bebel. Hehehehe. Habis puas raya dengan sepupu..beraya dengan kawan lain...panjat pokok ciku depan rumah dia. Peduli ape aku orang kata aku macam budak laki. Janji enjoy!!!



Bila meningkat remaja, lain sikit ceritanya. Zaman remaja beraya konvoi motor dengan kawan-kawan sekolah. Walaupun takde lesen lagi masa tu...tapi kami tibai je. Hhuhuhu..Sampai la kami kat Pasir Salak..Changkat Lada. Yang penting enjoy!!!




Bila dah dewasa ni lain la cara berseronok...beraya dengan anak dan suami. Beraya dengan mak ayah dan adik-beradik round Sabak Bernam..then round Kampung Gajah dan Chikus. Seronok la...tapi dah agak berusia ni selalu letih. Balik rumah je terus tidur tak ingat dunia. heheheh.... Yang penting enjoy!!




Kisah Assignment...




Muahahaha!!!!!Bila dah letih berhari raya sehari suntuk...ambil masa dua tiga hari ziarah kaum kerabat...assignment aku tak tercuit pun. Padahal lagi berapa hari je nak kena hantar. Adeh...itu la yang paling tak enjoy.Uwa!!!!!aku malas nak buat assignment............


SEKIAN.

Wednesday, September 16, 2009

iium life...


Members of PPSCM di Lembah Bujang.




Sukarelawan IIUM di Rumah Kebajikan Ronald McDonald HUKM sempena sambutan hari ibu tahun 2005.



Join the club!!! Camping Prostar sempena sambutan hari Merdeka di Hutan Komanwel.




Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Poem Special Child.

By: ROMA CROWHURST (a mother of a handicapped child)

I'm sending you a special child, to cherish in my name,
For you to love with all your heart,
and teach him just the same,
For he is not like other babies nor will he ever be,
But you can love him just the same and take good care of him for me.

He may not hear, or see, or run, or learn as others do,
But he'll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he'll break your heart,
you'll cry a million tears,
But I promise when he smiles at you,
the pain soon DISAPPEARS.

I know you'll cry,
"Why him, Why us", but I needed teachers true,
And that is why with care and trust, I've selected you,
So please don't turn your back on him,
although he may be slow,
If you'll accept him as he is, then together you will grow.

He needs to learn the skills of life,
for that I've chosen you,
And with your love to guide him,
I know you'll see him through,
Don't try to see the future,
I promise that to none,
Just live each day for all its worth,
and enjoy my special one.


Title: God's Special Child

sources: geocities.com/Athens/Agora/3988/renungan.html

Retrived on: 16th Sept. 2009



ADHD.

Aku sering juga pening memikirkan cara yang terbaik untuk mengurus tingkahlaku murid-murid kategori ADHD. Letih melayan kerenah mereka...macam-macam perangai. Ada yang gemar menyanyi dari awal samapi habis p&p..ada yang gemar bersembang yang kadang-kadang aku sendiri tak faham..ada yang berlari-lari..melompat-lompat sewaktu p&p berjalan..Baru aku tahu itu sebenarnya kanak-kanak ADHD...huhuhu. Sebabnya sebelum ini aku sekadar membayangkan ciri-ciri kanak-kanak ADHD melalui pembacaan. Realitinya begitulah...haram diam budak ADHD ni. Tapi kadang tu enjoy juga tengok diorang...aku yang mengantuk jadi hyper juga. Hehehe....

Kanak-kanak macam ni nampak macam kanak-kanak normal lain. Yang membezakan mereka adalah tahap keupayaan memproses maklumat. Sebab tu la bila belajar mereka bermasalah pembelajaran...sebab susah nak fokus, susah nak terima arahan guru, susah nak terima dan simpan info...kesimpulannya mereka tak dapat didaftarkan sebagai murid-murid perdana. Keputusan yang terbaik adalah mendaftarkan mereka ke dalam kelas khas supaya mereka dapat dididik dengan cara yang khusus.

Disebabkan mereka ini bermasalah dalam pembelajaran dan juga disiplin ketika dalam kelas, aku ingin kongsikan bersama apa yang diperolehi daripada pelbagai sumber dan pemahaman. Daripada salah satu sumber, ada tiga perkara utama yang menentukan keberkesanan intervensi untuk ADHD:
  1. mengalihkan sesuatu yang menyebabkan kanak-kanak ini hilang tumpuan pada p&p,
  2. mencipta persekitaran yang mendorong kanak-kanak ini memberikan tumpuan kepada p&p.
  3. simple, terang, nyata dan jelas.

Methods dan strategi yang perlu diambil perhatian:
  1. Suasana dan persekitaran kelas
  • tenang, kurang gangguan dan kemusnahan
  • tiada gangguan pandangan, pendengaran mahupun kejadian mengejut
  • terang, nyata dan jelas bagi setiap murid
  • setiap murid ada ruang mereka sendiri
  • mereka perlu dilayan sebaiknya
  • persekitaran yang positif dan menggalakkan
  • ruang bilik darjah yang mencukupi dan fleksibel untuk pergerakkan murid
2. Ruang kerja
  • ruang yang luas antara meja
  • murid dapat melihat murid lain melakukan tugasan
  • kurangkan segala gangguan
  • letak meja murid berdekatan dengan meja guru
3. Aktiviti fizikal
  • memberikan peluang untuk aktiviti fizikal
  • elakkan aktiviti yang tidak memerlukan pergerakkan fizikal
  • cuba kenalpasti sumber-sumber yang membahayakan murid
4. Tugasan
  • memberi galakkan kepada murid untuk bekerja dalam kumpulan
  • sering bersoaljawab dengan murid tentang apa yang perlu mereka lakukan seterusnya
  • tugasan perlu diterangkan dengan jelas supaya murid tahu apa yang sedang dan akan dilakukan.

Ada lagi ni...tapi aku tak sempat nak translate.
  • Staff meaning what they say and backing up words with actions
  • Staff making sure the pupil knows what they want and don’t want
  • Practices which do not threaten or put down
  • The freedom for pupil and teacher to express good and bad feelings constructively
  • Not excusing bad behaviour on the grounds that a child has ADHD. The teacher is in charge and all the pupils should know it
  • Clarity in communication of expected standards of good behaviour
  • Staff meaning what they say and backing up words with actions
  • Gaining the attention of the pupil before giving an instruction
  • Finding an agreed way of gaining attention without necessarily saying the pupil’s name
  • A positive ethos of trust, fairness, openness and encouragement to do well
  • The pupil feeling supported in taking responsibility for his/her own behaviour
  • Classroom discipline being based on expressions of the good behaviour that is wanted, rather than on unwanted bad behaviour
  • Frequent and specific feedback to the pupil about their behaviour
  • The consequences of both adhering to and breaching expected standards of behaviour being clear and consistently delivered.
Setakat ini dahulu yang dapat aku kongsikan pada hari ini. Aku akan explore lagi dunia ADHD dan kongsikan dengan sesiapa.

To be continued.......





Wednesday, September 9, 2009

menghitung hari...


Ni anak murid aku (Syakila yang duduk tepi aku, Nabila yang berdiri, dua lagi Husaini dan Shahrul)... kelas Anggerik. Majoriti slow learner.



Special pose...aku dengan cikgu Shida dan cikgu Ikhwan.



Tuesday, September 8, 2009

HATI EMAS.

Ni aku ada sikit kata-kata nak dikongsikan bersama. Aku dapat kata-kata ni daripada majalah Anis keluaran September 2009.

"Tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat. Dengan kaki yang sakit engkau mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi dengan hatimu yang sakit, kau akan kehilangan tujuan dan harapan. Allah tidak zalim. Dia meletakkan kebahagiaan pada ketenangan hati-yang mampu dimiliki oleh si miskin/si kaya, si buta/ si jelita, hamba/raja.
Di mana akan kau temui hati emas? Tidak dapat kau temui di mana-mana melainkan perlu ditempa dan disesah dengan MUJAHADAH. Umpama intan yang dipanaskan oleh abadengan kepanasan berganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala.
Apabila tiba saat yang paling kritikal dalam hidup-saat perpisahan, kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian dan lain-lain - jangan lari, tetapi hadapi. Walaupun sedih, pedih dan tersisih, jangan lari. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat kalau sudah dihenyak ke dasar yang paling bawah, jangan pura-pura....jangan bermuka-muka.
Apabila sudah tiba di dasar paling bawah, kepala yang dijulang sudah menjunam ke dalam jurang...dan sudah tidak ada lagi tempat untuk jatuh, maka pada ketika itulah peribadimu akan naik semula ke atas. Kau sudah membayar "yuran" pada kejayaan. Kau sudah merasa kepahitan pada ubat yang ditelan. Dan saat kau mendapat ijazah daripada universiti muajhadah semakin hampir. Tidak ada gelaran, tidak ada sanjungan...hadiahmu cuma satu....HATI EMAS.
Wahai diriku, tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Tidak mengapa jika kau dipinggirkan, malah, dilupakan kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa lapang dan bahagianya dirimu....apabila memiliki hati emas."

Itulah lebih kurang kata-kata yang mungkin dapat untuk aku sematkan dalam jiwa...terutamanya tatkala ditimpa musibah.