Alhamdulillah....segala puji-pujian hanya buat Mu Rabb.....Engkau telah memimpin ku ke jalan yang tidak sia-sia. Aku sedari akan segala ketentuan Mu..jalan yang Engkau pilih buatku..walau penuh ranjau berduri, namun di penghujungnya penuh madu andai aku berjalan dengan penuh sabar dan tawadhu'. Dan jalan yang aku telah susuri telah membawa aku ke dunia yang penuh cabaran (apa jua lapangan sememangnya penuh cabaran...itulah hakikatnya.). Dugaan demi dugaan...perjuangan demi perjuangan...akhirnya aku terpelanting ke dunia Pendidikan Khas. Apa juga yang datang aku terima dengan tangan terbuka. Alhamdulillah......
Menjadi seorang pendidik mahupun menjadi apa juga yang diperolehi banyak dugaan dan cabaran. Begitulah aku dan dunia yang aku sedang susuri. Adakala kelam dan suram penuh dengan kehangatan...adakala jua manis semanis madu...dan kesimpulannya, apa juga yang kita perolehi pasti ada pro dan kontra. Dalam PPKI ni pun macam tu lah senarionya. Adakala aku tercabar dengan sikap sesetengah pelajar...adakala aku bahagia melihat keletah mereka. Yang sesetengah itulah sebenarnya dikurniakan akal yang boleh menilai baik buruk sesuatu...namun tidak upaya untuk berbuat demikian.
Dalam mendidik anak-anak istimewa aku sedari akan kebesaran Tuhan. Maha Suci Allah dan Allah Maha Besar dan Agungnya ciptaan-Nya......menjadikan pelbagai makhluk dan dalam masa yang sama Dialah yang mengawal pergerakkan semua makhluk. Subhanallah......dengan kepelbagaian itulah sebenarnya cabaran..dan dengan adanya cabaran itulah sebenarnya kehidupan. Mudah-mudah aku lebih tabah dan SABAR menempuh segala yang mugkin akan hadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment