Friday, March 19, 2010

Menatap matamu.....




Seketika aku menatap mata mu terasa ada sinar mentari pagi. 
Hari yang mulanya kelam, seakan terang ceria dengan adanya lirik senyum dan senda gurau. 
Matamu bagai ada penawar segala racun walau terkadang kalbu ku tertusuk sembilu. 
Duhai bintang hati ku Najmi....teruslah berkelip hingga dinihari dan embun menitis salju..dan hingga mentari mengirimkan bibit rindu.
Jua duhai anak didikku...teruslah teguh berpaut dan hiasi diri dengan warna-warna pelangi indah. Kalian adalah nur kalbu ku. Di kala aku sendu kalianlah yang meronakan bunga-bunga cinta...dan duniaku kembali ceria......
Rabbul Izzati...syukur atas segala kurnia Mu. Pemberian-Mu tak ternilai. 
Dalam sedarku jua tika cinta ku bertasbih...ku syukuri nikmat disebalik onak dan duri....Alhamdulillah..

Thursday, March 18, 2010

Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

 

Sunday, March 7, 2010

Musim panas dan migrain.

Sesaja jer aku tinggalkan coretan dalam blog nih..kalu tak ape pekdahnyer aku wat blog?Hari ni sempena migrain aku datang ni aku nak la share sikit-sikit maklumat penyakit yang sedang aku nikmati..hukhukhuk!!! follow me......

Apa itu migrain?
Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.
Ianya juga merupakan sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Migrain biasanya menyerang pada peringkat usia selepas baligh. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migran yang lebih tinggi berbanding lelaki. Wanita kebiasaan diserang migrain sebelum haid dan selepas menopaus.
Simptom-simptom migrain
  • Mengalami gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig-zag sebelum mengalami sakit kepala.
  • Melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda seolah-olah mempunyai aura.
  • Sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut di sebelah atau satu bahagian kepala sahaja dan kemudiannya diikuti dengan muntah atau cirit birit.
  • Sensitif dan takut pada cahaya yang terang (fotofobia), sensitif pada bunyi (fonofobia) dan amat sensitif pada bau (osmofobia). Jika anda mengalami dua daripada tiga yang disenaraikan, maknanya anda berkemungkinan mengalami migrain.

Hurm...macam-macam petua yang aku jumpa dalam internet..antaranya:

  • Petua daripada mak aku sendiri..minum air asam jawa atau air limau nipis.
  • Untuk menghilangkan sakit kepala, ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam
  • Ni ha pulak cara Islamik: 
        1. Read Al-Fatihah (1 x)
        2. Read Surah Al-Ikhlas (3 x)
        3. Read Surah Yassin ayat ke 58 " Sala mun Qaulan Minrabbirrahim "(3 x)
        4. Read Selawat Nabi (3 x)
        What I did was, I blew it on my palms and put my palms on my head for a while. After that, I repeat the  whole process again. 

  • petua Dr.Harun Din,
Caranya ialah dengan mengambil daun misai kucing (orthosiphon stamineus). Kemudian dimasukkan ke dalam segelas air yang baru mendidih. Di minum waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jumlah daun bergantung kepada penyakit. Sakit yang serius memerlukan jumlah daun yang lebih banyak.
Doa :
1. Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
“Allahumma sholli ‘alaa sayyidina muhammadin thibbal quluubi wadawaa ihaa wa’aa fiyatil abdaani wa syifaa iha waa nuuril abshori wadhiyo iha wa ‘alaa aalihi wassohbihi wabarik salam”
Maksud : “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad SAW, yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabatnya”
3. “La yu shod da’una ‘anha walaa yunzifun”
Maksud : “Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk”
*Pesakit perlu menjaga makanan seperti yang disarankan oleh doktor, perlu ketenangan dan cukup tidur.
*Doa dibaca pada pesakit dan bahan. Air dibuat mandi dan minum. Pesakit yang teruk hendaklah baring dengan menghalakan kepala ke arah kiblat. Zikir dgn tenang hingga air di seluruh tubuh kering sendiri atau sehingga tertidur.

Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul...

SALAM MAULIDUR RASUL...selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta kaum keluarga dan sahabat handai baginda. Nabi Muhammad S.A.W berkata,"tidak beriman seseorang kamu kecuali aku lebih dicintai daripada kedua ibubapanya, anak dan manusia keseluruhannya." 

DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)

Namun bagi umat Islam, keutamaan kita lebih dari sekadar untuk berarak dan berkumpul bagi merayakannya. Adalah amat penting untuk umat Islam terutamanya remaja menghayati keunggulan keperibadian Rasulullah dan menghayati sejarah perjuangan Baginda. Bagi remaja Islam, kekuatan keperibadian Baginda dapat dijadikan teladan yang baik (Qudwah Hasanah) untuk dicontohi.

Remaja sentiasa mencari-cari seseorang untuk dijadikan contoh. Dalam hal ini, nyata remaja hari ini lebih mengagumi tokoh-tokoh popular, yang menonjol barangkali kerana rupa paras, ilmu atau kelebihan yang dimiliki dan remaja lebih suka menjadikan mereka idola atau pujaan hati mereka.

Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sifat-sifat Nabi terserlah daripada peribadinya yang mulia, kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara, berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berwasatiah (bersederhana) dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah sentiasa mempamerkan budi pekerti yang baik dan terpuji kepada umatnya. 

Allah telah memberi tarbiyah kepada Baginda menjadi seorang yang jujur, amanah dengan menghadiahkan Nabi pengalaman hidup yang mendidik Baginda seorang yang terpuji. Terpuji kerana sifatnya yang tidak pernah menyembah berhala, sentiasa melihat dan merenung terhadap persekitaran dan kekayaan alam sekelilingnya. Atas sifat terbilangnya dan kepimpinan diri, Rasulullah diberi penghormatan menyelesaikan pertikaian dan perbalahan kerana perebutan kuasa dalam kalangan ketua kabilah untuk menempatkan Hajarul Aswad. 


Baginda juga terkenal sebagai penggembala kambing dan peniaga yang memiliki sifat amanah, cekap, jujur, sabar dan ikhlas sehingga membawa keuntungan yang berganda untuk rombongan perniagaan Khadijah.Banyak teladan dan contoh ikutan ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad buat pedoman remaja dan belia. Sesungguhnya kehidupan seorang pemuda dan pemudi Islam tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah sebagai model ikutan sepanjang zaman.

Oleh itu, Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia. Hari ini ramai tokoh yang lahir tampil mengagumkan kita, namun personaliti Rasulullah dan kebijaksanaan Baginda telah membawa perubahan kepada dunia seluruhnya sejak lebih 1,400 tahun lalu. Baginda telah menampilkan transformasi yang besar kepada aspek sosial masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek keteladanan yang boleh dicontohi pengikut. Sesungguhnya, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat seluruh alam.

Friday, February 12, 2010

Menjahit ler aku cuti-cuti nie....

Assalamualaikum...aku ni jenis yang haram mahu duduk diam. Dan waktu-waktu cuti macam sekarang nih aku plan nak 'renovate' (touch-up) baju-baju lama aku dengan menempek manik. Hehehehe!!!!Ni hasil idea daripada housemate aku (cikgu Salmah) masa di Rawang. Tapi hasil yang aku buat ni serabai sket...coz aku baru nak belajar jahit manik. Lepas ni nak cari design lain dari Internet. Best....daripada aku layan perasaan sorang2, lebih baik aku belajar. At least satu hari nanti kemahiran macam ni akan memberikan pulangan...boleh aku tambah sikit duit poket and belanja dapur.

Selamat bercuti....dan selamat Tahun Baru Cina (to cikgu Tan...hehehe!!)

Make Love Letters at BlingPixie.com