Sudah sekian lama aye tak buka blog aye...sebab banyak komitmen lain yang penting. Uhuhu..tambahan pula tahap kesihatan aye sekarang sedikit terganggu. Untuk yang terkini aye happy dengan apa yang aye buat bersama anak2 didik PPKI di sini. Kami baru sahaja merasai pengalaman menaiki fligth ke Sarawak. Meoooww...so sweeet memory. Hurm..memandangkan hari ini aye baru terbuka hati untuk menjengah blog aye ni, aye sekadar mahu bertanyakan khabar kalian.
Monday, October 7, 2013
Saturday, September 4, 2010
Thursday, August 12, 2010
Sekadar ingin mengetahui................
Sempena bulan Ramadhan ni ana teringin pula nak tahu serba sedikit tentang solat sunat Terawih. Yealaaa...tak nak jadi macam burung kakak tua....parroting...copy paste...orang buat kita buat. Orang kata...tak ada feel.
Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat. Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.
Bercerita tentang solat Terawih..terlanjur terfikir tentang solat Terawih bagi kaum Hawa. Ana menemui beberapa article dalam website (http://www.arabmykrk.com/) berkaitan dengan solat ini bagi kaum Hawa..
Kaum wanita dibolehkan keluar dari rumah mereka apabila ada keperluan yang sangat mendesak, demikian juga diharuskan bagi mereka pergi ke masjid, asalkan mereka menutup aurat dengan sempurna, tidak memakai wangi-wangian dan tidak memakai perhiasan yang menimbulkan suara gemerincing. Meskipun wanita diharuskan pergi ke masjid, namun Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka melaksanakan solat di rumah-rumah mereka.
Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.”
Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).
Thursday, July 29, 2010
Al-kisah banyak udang banyak garam
Alhamdulillah....segala puji-pujian hanya buat Mu Rabb.....Engkau telah memimpin ku ke jalan yang tidak sia-sia. Aku sedari akan segala ketentuan Mu..jalan yang Engkau pilih buatku..walau penuh ranjau berduri, namun di penghujungnya penuh madu andai aku berjalan dengan penuh sabar dan tawadhu'. Dan jalan yang aku telah susuri telah membawa aku ke dunia yang penuh cabaran (apa jua lapangan sememangnya penuh cabaran...itulah hakikatnya.). Dugaan demi dugaan...perjuangan demi perjuangan...akhirnya aku terpelanting ke dunia Pendidikan Khas. Apa juga yang datang aku terima dengan tangan terbuka. Alhamdulillah......
Menjadi seorang pendidik mahupun menjadi apa juga yang diperolehi banyak dugaan dan cabaran. Begitulah aku dan dunia yang aku sedang susuri. Adakala kelam dan suram penuh dengan kehangatan...adakala jua manis semanis madu...dan kesimpulannya, apa juga yang kita perolehi pasti ada pro dan kontra. Dalam PPKI ni pun macam tu lah senarionya. Adakala aku tercabar dengan sikap sesetengah pelajar...adakala aku bahagia melihat keletah mereka. Yang sesetengah itulah sebenarnya dikurniakan akal yang boleh menilai baik buruk sesuatu...namun tidak upaya untuk berbuat demikian.
Dalam mendidik anak-anak istimewa aku sedari akan kebesaran Tuhan. Maha Suci Allah dan Allah Maha Besar dan Agungnya ciptaan-Nya......menjadikan pelbagai makhluk dan dalam masa yang sama Dialah yang mengawal pergerakkan semua makhluk. Subhanallah......dengan kepelbagaian itulah sebenarnya cabaran..dan dengan adanya cabaran itulah sebenarnya kehidupan. Mudah-mudah aku lebih tabah dan SABAR menempuh segala yang mugkin akan hadir.
Menjadi seorang pendidik mahupun menjadi apa juga yang diperolehi banyak dugaan dan cabaran. Begitulah aku dan dunia yang aku sedang susuri. Adakala kelam dan suram penuh dengan kehangatan...adakala jua manis semanis madu...dan kesimpulannya, apa juga yang kita perolehi pasti ada pro dan kontra. Dalam PPKI ni pun macam tu lah senarionya. Adakala aku tercabar dengan sikap sesetengah pelajar...adakala aku bahagia melihat keletah mereka. Yang sesetengah itulah sebenarnya dikurniakan akal yang boleh menilai baik buruk sesuatu...namun tidak upaya untuk berbuat demikian.
Dalam mendidik anak-anak istimewa aku sedari akan kebesaran Tuhan. Maha Suci Allah dan Allah Maha Besar dan Agungnya ciptaan-Nya......menjadikan pelbagai makhluk dan dalam masa yang sama Dialah yang mengawal pergerakkan semua makhluk. Subhanallah......dengan kepelbagaian itulah sebenarnya cabaran..dan dengan adanya cabaran itulah sebenarnya kehidupan. Mudah-mudah aku lebih tabah dan SABAR menempuh segala yang mugkin akan hadir.
Friday, July 16, 2010
Ujian dan dugaan Vs kebahagiaan dan ketenangan
Ana keliru..dengan situasi yang samar-samar bagi ana...adakah ianya satu suratan atau kebetulan? Bukan sekali dua ana menghadapi situasi seperti ini...lebih daripada kiraan susunan jari tangan ana. Setiap kali ia tiba, setiap kali itulah ana pujuk hati ini supaya menganggap ianya sebagai satu kebetulan.
Dan apa-apa yang terbit dari dalam hati ana itu sekadar bisik-bisik setan durjana. Dan setiap kali itu jua hati ana merintih..menangis untuk tidak diduga dengan situasi seperti itu...kerna...andai ana lalai dan leka pasti runtuh tembok teguh iman......."Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami..." . Rabb...perteguhkan iman hamba Mu ini...sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang telah, sedang dan bakal berlaku pada diri ini...hamba Mu ini redha dengan ketentuan Mu..namun hamba Mu ini lemah..
Rabb..pimpinlah hati ini ke jalan Mu
ke hulu merindui Mu
ke hilir mencintai Mu
dalam jaga.. ku semat nama Mu di dada
dalam tidur.. ku simpan di minda.
walau dia bisa hulurkan kerlipan bintang,
walau dia bisa merona pelangi indah,
walau dia bisa mengutip mutiara putih,
tetapi..dia bukan segalanya buat ku...
Rabb...pohon ku agar teguh rukun iman ku,
agar jernih suci hati ini,
agar jalan-jalan ku lalui dengan tabah.
Saturday, June 5, 2010
Mentelaah tips membeli kereta.
Ana sebenarnya dah teringin sesangat nak memiliki sebuah kereta...yelah..kan ana bekerja.Takkan ana nak merempit sampai tua. Teringat masa zaman sekolah dulu..ana berangan nak beli kereta GTI. Ana ada simpan lagi setem bergambar kereta GTI. Sekarang bila difikir-fikir semula...tak sesuai untuk ana yang sudah berkeluarga. GTI atau Satria Neo ade 2pintu sahaja. Menyusahkan...feel uncomfortable. Ana rasa macam men'sardin'kan orang dalam GTI...sesak!!So...ana bercita-cita pula mahu memiliki Exora atau Avanza. Difikir dua kali sesuailah dengan ana yang berkeluarga...tapi....ana pergi kerja drive sorang-sorang. Huh!!buang minyak..Tak baik tau membazir...hehehe!!!!
Sekarang, ana fikir sama ada ana nak beli Viva, MyVI, Persona, Vios atau Honda City. Tapi, pada fikiran ana lah...Honda City tu ana akan beli after up to 5years bekerja. Lagi pun ana ni sebenarnya belum benar-benar expert memandu kereta. Itu yang sebenarnya ana fikirkan... Then, better ana beli kereta second hand..sama ada Kelisa atau Kancil sahaja. Huahuaha!! Itu kesudahannya.....
Ahah!! Itu pasal ana tengah study tips membeli kereta terpakai. Inilah serba sedikit yang ana dapat...
- Make a financial plan and stick to it. The financial plan should factor in the price of insurance, fuel, MOT, road tax and servicing.
- Decide how you are going to pay for the car an individual loan is one choice for this type of buy. It may be best to figure out the economics before going any additional distance, else you may be forced to change your financial plan.
- Shop around browse the Internet to get suggestions of the types of car and what the existing prices are. Visit car websites like UnoCarDealers that focus on used car sales. There are in addition certified used car dealers who offer more privileges and safeguards than with buying confidentially. Take a look around a selection of these and be prepared to face hardsell tactics!
- Inspect cars in bright light faults may get hidden in dim light. Taking along a friend (preferably a mechanic), may be a good idea. They may notice what you ignore.
- Inspect the car at the sellers house rather than letting them drive it to you. You get an idea where the car is coming from.
- Verify all the papers carefully this could save you any future headaches. Inspect in the log book (V5) and ensure the name matches that of the seller (for private sales). Make sure to get the service history and records, MOT certificate (for vehicles over 3yrs old) and receipts for repairs or maintenance.
- Make sure all the dates add up/make sense.
- Organize an independent inspection this often pays for itself as it can raise any potentially serious or costly problems. The RAC and Green Flag offer these, as do many other motoring organizations.
- Get an HPI check this is very valuable as it identifies any stolen, written off or cloned vehicles.
- Get a test drive this should be at least 20 minutes over a selection of dissimilar roads (highways, and city roads). It allows you to make a decision if the car is comfortable and whether it grips well. Pay attention to any bumps, rattles or squeaks that could indicate trouble.
- Be prepared to bargain, and do not buy instantaneously. It is worth mentioning that you have been looking around and are conscious of cost.
Wednesday, June 2, 2010
Senyum itu penawar duka,
Senyum itu permulaan erti kebahagiaan,
Senyum itu lambang adanya sirna mentari pagi,
Aku ingin lemparkan senyuman termanis buatmu,
sebelum bait bicara aku nukilkan,
mudahan tiap rangkap ceritera lebih berbunga indah,
mudahan pertalian antara hati kita lebih kukuh,
mudahan tiada api yang marak dalam sanubari,
mudahan hari-hari kita lalui lebih banyak pelangi,
Aku sesungguhnya merindukan senyuman seperti itu,
tiada terpalit walau setitik nista,
Kerna...telah lama jiwa ku terkubur sepi,
dilanda ombak samudera mengganas,
Kerna....sekian lama telah ku serah segalanya
pada takdir azali.
Subscribe to:
Posts (Atom)